CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 658|Reply: 1

[Tempatan] Dua PATI warga Indonesia ditahan ketika cuba memasuki Malaysia secara haram dengan sebuah bot pancung di perairan Tenggara, Johor, awal pagi tadi.

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:53 PM | Show all posts |Read mode
TLDM tahan dua PATI warga Indonesia[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Noor Hidayah Tanzizi - April 11, 2022 @ 2:56pm[email protected]





Dua PATI warga Indonesia ditahan ketika cuba memasuki Malaysia secara haram dengan sebuah bot pancung di perairan Tenggara, Johor, awal pagi tadi. - Foto TLDM




LUMUT: Cubaan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia memasuki negara secara tidak sah dengan menaiki sebuah bot pancung gagal apabila ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Tenggara, Johor, awal pagi tadi.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, memaklumkan Kapal Diraja (KD) Sundang yang dalam penugasan Op Benteng Laut mengaturgerak bot pemintas, Fast Combat Boat (FCB) 101, Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) LEPAU dan RHIB SANTI untuk membuat pintasan terhadap bot pancung itu.

"Ia selepas maklumat awal disalurkan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Bukit Pengerang sejurus mengesan sebuah bot mencurigakan di kedudukan 1.5 batu nautika tenggara Tanjung Ayam menuju ke daratan.

"Tindakan pantas RHIB LEPAU dan RHIB SANTI berjaya memintas dan menahan bot pancung itu. Selepas membuat pemeriksaan, kedua-dua PATI berkenaan dipindahkan ke FCB 101 untuk dibawa ke Jeti Maritim Tanjung Pengelih bersama barang rampasan.

"Mereka diserahkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bagi tindakan selanjutnya," menurut kenyataan berkenaan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2022 11:55 PM | Show all posts
Kecilnya boat untuk seberangi lautan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.264390 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list