View: 565|Reply: 2
|
Iphone Dirampas, Lelaki Ditahan Hina Nabi Muhammad
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya.
Penahanan lelaki berusia 50 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Muda, Shah Alam, pada pukul 11.15 pagi, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, turut dirampas iaitu satu telefon bimbit jenama iPhone XR berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu, pada Khamis lalu.
“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok.
“Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abd Jalil juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta tidak menyentuh sensitiviti.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pasal heols bukan semalam dah ada ka thread ni
wartawan DHL senyum sinis sis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|