CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

Sukan SEA Hanoi: Menang emas, terus dapat duit

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad beramah mesra bersama atlet pada Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Vietnam, di Majlis Sukan Negara, di sini, semalam.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON


BUKIT JALIL: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad menjanjikan insentif khas kepada atlet negara yang berjaya meraih pingat emas di temasya sukan dwitahunan itu yang bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Nur Azmi berkata, insentif khas itu merupakan inisiatif yang menggunakan duit ‘poket’ beliau sendiri sebagai tanda penghargaan kepada kejayaan atlet yang berjaya menjulang nama negara sehingga lagu negaraku berkumandang di setiap venue.

“Setiap atlet yang berjaya menyumbangkan emas saya akan berikan insentif (wang tunai). Saya mahu atlet tolong saya dapatkan pingat, maka saya juga perlu menyediakan peruntukan untuk mereka apabila berjaya membutirkan emas di Hanoi.

“Insentif ini akan diberikan secara terus di sana (Hanoi), berapa jumlahnya nanti atlet itu sendiri akan tahu. Jangan risau, peruntukan itu ada dan ianya datang dari saya sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia semalam.


Menurut Nur Azmi berkata, insentif itu adalah usaha dan hadiah beliau sendiri sebagai CDM kepada para atlet dan tidak sama dengan apa yang akan atlet perolehi menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

“Buat masa ini, saya janjikan insentif untuk pemenang pingat emas sahaja, untuk perak dan gangsa saya akan tengok dahulu bagaimana, sama ada saya gembira atau tidak dengan pencapaian yang kita raih di sana nanti mungkin kita akan tengok pencapaian keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai harapan kepada para atlet di Sukan Sea Hanoi, Nur Azmi berkata, beliau mahu para atlet membuktikan sesuatu dan meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk mencapai yang terbaik di kejohanan berkenaan.

“Untuk kelangsungan Program Podium misalnya, bagi saya atlet semestinya mengambil tanggungjawab membuktikan sesuatu selepas MSN dan OCM membawa bajet baharu kepada kepada kerajaan tentang keperluan badan sukan itu untuk tampung atlet podium.

“Perkara ini tidak boleh dipandang mudah oleh semua atlet tentang apa yang kerajaan bagi…Atlet kena tunjukkan keputusan yang baik agar program ini dapat kekal dan diteruskan untuk tempoh lima tahun akan datang. Ini juga untuk kelangsungan atlet pelapis,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan atlet, Nur Azmi berkata, persiapan atlet berada dalam keadaan baik dan beliau sendiri sudah 65 peratus mengadakan lawatan dan meninjau sendiri persediaan para atlet di pusat latihan masing-masing.

Dalam temasya Sukan Sea Hanoi, harapan negara akan di galas oleh 864 orang kontinjen yang terdiri daripada 589 orang atlet iaitu 364 atlet lelaki dan 225 wanita selain 275 orang pegawai (222 lelaki dan 53 wanita).

https://www.utusan.com.my/terkin ... s-terus-dapat-duit/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.089065 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list