View: 1533|Reply: 14
|
[Tempatan]
Buka puasa berdasarkan ‘urat daun’
[Copy link]
|
|
Buka puasa berdasarkan ‘urat daun’
https://www.utusan.com.my/nasion ... dasarkan-urat-daun/
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
27 April 2022, 7:30 am
SUASANA kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di perkampungan Melayu tradisional Pahang iaitu di Chenor, Maran, Pahang sekitar 1950-an dan 1960-an. - GAMBAR KOLEKSI OMAR AZMAN
MARAN: Seorang aktivis budaya dan pesara guru mengimbau nostalgia amalan tradisi terdahulu sekitar 1950-an dan 1960-an yang mana umat Islam pada ketika itu perlu melihat urat daun untuk berbuka puasa di bulan Ramadan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Omar Azman Mohamad, 81, yang merupakan anak jati Kampung Pantai, Chenor Seberang itu berkata, pada waktu tersebut, tidak semua rumah mempunyai jam dan radio untuk mendengar azan maghrib.
Jadi katanya, penduduk menggunakan kaedah celik akal yang mana petua orang tua-tua terdahulu, jika tidak kelihatan urat daun dalam rembang senja itu, baharu boleh berbuka puasa.
“Pada era tersebut, jarak rumah dari rumah jiran agak jauh, sementelah pula lokasi kampung di seberang Sungai Pahang bunyi tabuh dipalu dari masjid berdekatan pun tidak kedengaran.
“Saya masih ingat betapa meriahnya bulan Ramadan dan hari raya pada 1950-an dan 1960-an yang mana ia jauh berbeza dengan abad milenium ini.
“Sebagai budak kampung yang tinggal di Kampung Pantai Chenor, saya masih ingat jika mahu berbuka puasa dengan air batu terpaksa menyeberang sungai Pahang ke Pekan Chenor berkayuh sampan atau motor menggunakan enjin sangkut,” katanya di sini semalam.
Bercerita lanjut, Omar Azman berkata, selepas berbuka puasa dan solat, anak muda khususnya bergegas ke Sungai Pahang untuk mandi-manda dan semakin meriah ketika bulan purnama.
“Kemeriahan Ramadan semakin terasa pada malam tujuh likur yang mana masing-masing pasang pelita di keliling rumah dan panjut daripada daun kelapa untuk menerangi jalan. Saya juga masih menyimpan koleksi kesayangan iaitu gambar sumbangan rakan tentang kemeriahan menyambut Ramadan dan hari raya era 1950-an dan 1960-an,” katanya.
Menurutnya, walaupun era berkenaan tidak sehebat sekarang, namun komuniti kampung waktu itu seronok menjalani ibadah puasa dan berhari raya.
Beliau bersyukur dalam usianya 81 tahun masih mempunyai kudrat untuk berpuasa, memandu kereta dan melakukan aktiviti riadah tanpa masalah.
Omar Azman turut menasihatkan generasi muda supaya mengamalkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan sebagai rakyat bertanggungjawab.
“Orang muda jangan terikut-ikut dengan provokasi pihak tertentu yang ada agenda merobohkan tamadun Melayu yang dikecapi sekarang,” katanya. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman kanak2 era 80an pun seronok. mmg seronok sama macam lagu Raya evergreen tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kan. Saya membesar era 90an pun rasa zaman sebelum 2000an ni memang best. Semua benda terasa perlahan. Semua orang rileks rileks je, takde apa yang nak dikejarkan sangat dalam kehidupan seharian. Semua bergerak mengikut pace masing-masing. Nak buat apa-apa, main dekat mana-mana pun memang rasa selamat. Kalau masa puasa masa orang terawikh main tengah-tengah jalan pun takdahal, keadaan tak sesesak sekarang dengan padatnya kenderaan. Kesian anak-anak sekarang, bahaya ada di mana-mana, tak kira waktu, tak kira tempat. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg seronok,xde teknologi mcm skrg,masih lagi beraya merata dpt duit raya,
|
|
|
|
|
|
|
|
klasiknya gambar kat atas tu..rasa cam tenang je kehidupan dorg..x mcm skrg ni byk manusia sewel akibat tiktok dan content |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada baca juga orang kampung lama dahulu tiada jam tiada radio mereka menggunakan kayu yang dipacak tegak di bawah pancaran matahari. Jika tiada bayangan itu menandakan waktu tengah hari, jika condong sedikit 12:15 condong lebih lagi 12:30 dan seterusnya.
Mereka tak bagi tau macamana nak tengok waktu jika musim hujan. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu ade kamera ,gmba masa kecik tahun 50an..tu cm golongan t20 zmn ni |
|
|
|
|
|
|
|
Klau mendung time asar sampai nk buka, mau berbuka awal org kg gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa etis ada perayaan tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
lepas berbuka, solat mandi sungai..mesti membuang tu kan...timbul lah tu kan???
|
|
|
|
|
|
|
|
Nostalgia... konsert raya yg aku mampoo nonton 2 minggu lepas eid...waktu darjah 4(dont bother to do your math)
[youtube]l2gCALbYlvk[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info, baru tahu zaman dulu tgk urat daun.
Kat atas flight, tengok silver lining menandakan masuk maghrib.
Biasa kita kecik2 dengar azan,
Tp sekarang azan volume makin slow, terpaksa kita tengok muslim pro apps utk accurately tengok waktu solat |
|
|
|
|
|
|
| |
|