CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2136|Reply: 8

[Jenayah] Bukan angkara hantu, kubur pun dah tak selamat sekarang gais!

[Copy link]
Post time 5-5-2022 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 5-5-2022 03:00 PM

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita untuk menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang berakhir dengan keretanya dipecah dan barangan milinya dilarikan individu tidak dikenali.

Kereta Perodua Axia milik wanita itu yang diparkir berhampiran tapak perkuburan itu dipecah pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dalam kejadian antara jam 4.30 hingga 5 petang itu, setelah selesai menziarahi pusara bapanya, wanita tersebut bersama ibunya yang kembali ke kereta mereka terkejut apabila mendapati cermin bahagian depan sebelah kiri telah dipecahkan.

“Selepas dibuat pemeriksaan, pengadu mendapati dua buah beg tangan milik sendiri dan emaknya telah hilang disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan kenderaan pengadu yang dipecahkan penjenayah semasa menziarahi pusara bapanya bersama emak di Klang semalam. Ihsan IPD Klang Utara.

Pada minggu lalu sebuah kenderaan ahli perniagaan dipecah dan barangannya dilarikan di tanah perkuburan Islam di Klang.

Tambah beliau, antara barangan yang didapati hilang disyaki dilarikan adalah dua buah telefon bimbit jenis Vivo dan Samsung, dokumen pengenalan diri, wang tunai RM1,200, kad-kad ATM dan loket emas.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

https://malaysiagazette.com/2022/05/04/kereta-wanita-ziarah-pusara-bapa-dipecah-penjenayah/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal beg dlm kereta.. Lain kali nak tinggal,  letak dlm bonet.  Mengundang pencuri juga..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 pon ade malaun..  Korang ingat sume orang pegi beraye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:36 PM | Show all posts
Kawasan perkuburan paling mudah berlaku jenayan kawasan sunyi tak ramai yang memerhati.  Penjenayah tak lepas peluang bila ada yang lalai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Idok la akak yang suci ini terfikir kat kuburan pun ada jahaham nak merampok sis. Nauzibilahminzalik sangat perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak tinggal handbag or handphone dalam kereta, samada letak dalam bonet atau tersembunyi macam bawah seat... Tak kisah la kat tanah kubur atau mana2pun... Kalau tayang atas dashboard or seat, memang mengundang pencuri la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 09:58 AM | Show all posts
aku pakai seluar dalam 3 lapis

takut telur kena curi= telur dah mahal tau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 9-7-2022 02:44 PM
Kalau nak tinggal handbag or handphone dalam kereta, samada letak dalam bonet atau tersembunyi macam ...

Nak letak dalam bonet pun, sila letak awal2 masa sebelum memulakan perjalanan ye dek2 sekalian alam… sebab kalau kau dah sampai kat tempat kejadian, masa tu baharu nak keluar letak kat bonet, alamatnya pencibai (read: penjenayah) dah nampak dah barangan berharga kau orang dek. Maka jadi target lah kereta kau untuk dipecah dek-dek oi.

Btw sebutannya bukan bonet, tapi trunk sebenarnya sis. Sis decaf yang ajar hari tu sis. Thanks sis decaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarahmirza at 11-7-2022 09:46 AM
pooh~key replied at 10-7-2022 10:06 AM
Nak letak dalam bonet pun, sila letak awal2 masa sebelum memulakan perjalanan ye dek2 sekalian ala ...


Oh okay...trunk....
I balik dari kerja mmg biasa letak laptop kat trunk... So bila singgah kedai tepi jalan blh terus je turun ...tapi kalau parking kat basement or multistorey parking (biasa mall la kan), i tetap bawa laptop ke sana ke mari....Mimpi ngeri kalau hilang laptop office...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053568 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list