CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 2

[Politik] Kes SRC: Rayuan akhir Najib didengar Ogos ini

[Copy link]
Post time 9-5-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Kes SRC: Rayuan akhir Najib didengar Ogos ini


Rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd akan didengar Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd akan didengar Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui notis yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Hafizullaah Omar bertarikh 29 April lalu yang dihantar kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kedua-dua belah pihak juga diarahkan oleh mahkamah untuk mengemukakan hujahan bertulis mereka selewat-lewatnya pada 31 Julai ini.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... b-didengar-ogos-ini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 11:04 AM | Show all posts
nnti hakim cuti lh...contact rapatlah....sakit pggang kena berubat di german lh....smpai ke sudah bertangguh....err pru15 nk dkt dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:19 AM | Show all posts
PRU 15 awal august la ni, MOU dgn PH pun dah tamat by then.. tu pun kalau majority BN nak lepaskan tengkok najib dan wak jahit la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.106133 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list