CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Tempatan] Rafizi dakwa 54,000 pemilih PKR meragukan

[Copy link]
Post time 11-5-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 11-5-2022 11:45 AM

adakah 54,000 pemilih PKR yg diragui utk memilih pemimpin PKR ini orang yg sama yg dikatakan 40,000 pengundi hantu yg didakwa pada PRU yg lalu...
ada tambahan 14 ribu....

]

BERITA


Rafizi dakwa 54,000 pemilih PKR meragukan

Dikemaskini: 6:14 PM
[ba
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pihaknya mengenal pasti terdapat 54,000 pemilih meragukan di seluruh negara menjelang pemilihan parti itu.
Bekas Naib Presiden PKR berkata dia sudah menghantar surat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada 12 April lalu berhubung perkara itu.
Jelasnya, perkara itu dikenal pasti menerusi penemuan senarai data melibatkan 1,500 nama pemilih yang didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon semata-mata.
"Apabila pasukan kami menelefon sebahagian anggota PKR didaftarkan menerusi satu nombor telefon berkenaan, mereka sendiri tidak menyedari sudah didaftarkan sebagai ahli parti.
"Selain itu, terdapat juga pendaftaran keahlian parti yang tidak bersertakan nombor kad pengenalan yang betul dan isu keahlian ragu disebabkan anggota parti lain yang dibawa masuk menjadi ahli PKR.
ni kerana proses pendaftaran keahlian parti hanya memerlukan nama dan kad pengenalan diri,” katanya lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun Rafizi berkata pihaknya berpuas hati dengan kesungguhan JPP PKR diketuai Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan.
Pemilihan kepimpinan PKR akan berlangsung pada 13 Mei sehingga 22 Mei ini.
Sementara itu, Dr Zaliha mengesahkan aduan yang dibuat oleh Rafizi dan JPP sedang mengambil langkah untuk membersihkan senarai pemilih.
“Kami akan memastikan integriti proses pengundian dan akan menghalang mereka yang mempunyai rekod keahlian yang meragukan daripada mengundi,” katanya.
Semasa pemilihan PKR pada 2018, aduan serupa mengenai rekod keahlian yang meragukan juga ditumbulkan khususnya di Sarawak.
Pemilihan kali ini akan menyaksikan Rafizi bersaing untuk jawatan timbalan presiden PKR sekali lagi, kali ini menentang setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.670934 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list