View: 1229|Reply: 8
|
[Dunia]
[VIDEO 18+] 10 terkorban ditembak tanpa belas kasihan di pasar raya Amerika bermotifkan perkauman
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 16-5-2022 02:12 AM
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di pasar raya di bandar Buffalo, New York pada Sabtu, menurut Jabatan Polis Buffalo.
Kejadian berlaku di Tops Markets di Jefferson Avenue, lapor Agensi Anadolu.
Suspek lelaki berkulit putih berusia 18 tahun berjaya ditahan, kata Pesuruhjaya Polis Buffalo Joseph Gramaglia dalam sidang media.
Gramaglia berkata 11 mangsa terdiri mereka yang berkulit hitam, manakala dua lagi berkulit putih.
FBI menyiasat kejadian itu sebagai jenayah ekstremisme ganas bermotifkan perkauman.
Penembak itu lengkap bersenjata serta memakai peralatan taktikal.
"Suspek turut dilengkapi kamera yang menyiarkan segala tindakannya secara langsung," kata Gramaglia.
Senator New York Chuck Schumer, mengutuk serangan itu serta menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa.
"Saya bersedih bagi mangsa dan keluarga mereka. Sifat perkauman tidak mempunyai tempat di negara kita. Saya telah bercakap dengan Datuk Bandar Buffalo dan menawarkan sebarang bantuan yang boleh dihulurkan," menerusi ciapannya di Twitter.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm copycat christchurch killings |
|
|
|
|
|
|
|
Dia buat mcm video game pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Aah mcm games onlinr plak die buatnye..apehal nih... Gile betol |
|
|
|
|
|
|
|
Benang dah ada tp hat yg ni ada video. Mangsa semua jatuh mati mcm tu jer.. yg kt dalam tu kena masa dia tembak dr luar ke? Mmg dah jatuh kn depa kt dlm tu... pastu dia g tembak lagi. Pastu yg sorang tu mcm berbunyi ke bgerak ke... pom! sedas lg dia tembak... terus mangsa diam tak berkutik! Mental la budak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Amurika will never change lah! Too much freedom, too many rednecks!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|