CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 6

[Dunia] 15 negara Eropah gesa Israel henti pendudukan haram Tebing Barat

[Copy link]
Post time 16-5-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode

Rakaman pemandangan Ramat Shlomo, sebuah penempatan Yahudi di bahagian timur Baitulmuqaddis milik Palestin pada 5 Jun 2014. - AFP

15 negara Eropah gesa Israel henti pendudukan haram Tebing Barat

BRUSSELS – Sebanyak 15 negara Eropah menandatangani kenyataan menggesa Israel untuk membatalkan rancangan pembinaan ribuan lagi penempatan haram di Tebing Barat.

Tindakan itu hanya akan memburukkan lagi keadaan sedia ada dan menghalang keamanan berkekalan antara Israel dan Palestin.

“Unit perumahan baharu itu akan menjadi halangan tambahan kepada penyelesaian dua negara.

“Penempatan Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan menghalang perdamaian yang adil, berkekalan dan menyeluruh antara Israel dan Palestin,” kata kumpulan negara tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian luar mereka.

Israel mengumumkan rancangan untuk membina 4,427 unit rumah untuk peneroka haram Yahudi di Tebing Barat yang telah diduduki, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan Israel.

Jawatankuasa perancangan tinggi Pentadbiran Awam memberikan kelulusan akhir kepada 2,791 unit dan pengesahan awal untuk 1,636 unit sebelumnya.

Israel telah merampas Tebing Barat dan wilayah timur Baitulmuqaddis dari Jordan pada tahun 1967.

Sejak itu, hampir 700,000 warga Israel telah berpindah ke penempatan yang dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai pendudukan haram.

Pelan perumahan itu bertaburan di seluruh kawasan besar Tebing Barat yang dikenali sebagai Kawasan C, di mana Israel menjalankan kawalan ketenteraan dan perancangan.

15 negara Eropah yang menandatangani kenyataan petisyen itu termasuk Perancis, Belgium, Denmark, Finland, Poland, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Sepanyol dan Sweden. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... haram-tebing-barat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 10:36 AM | Show all posts
drama je semua penipu besar- kononya hati suci
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak kecik-kecik lagi aku dok dengar "gesaan" ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:59 PM | Show all posts
yahudi barat termasuk kristen semua belum nampak jahat sebenar bangsa yang dilaknat Allah.  nanti kena batang tubuh sendiri baru mereka tahu betapa beratnya bahana yang dibawa bangsa tersebut.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya Russia yg.masih pro Israel, sebab tu Putin attack Ukraine utk.lanyak Neo Nazi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Waste current..kalau berani pi la attack Israel.....

Berpuluh tahun setakat berbuih mulut @ shaberry buih tepi bibir

Puiiiiiiikkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 09:24 PM | Show all posts
Israel telah merampas Tebing Barat dan wilayah timur Baitulmuqaddis dari Jordan pada tahun 1967.

Dia dapat through perang kan? Masih dikira haram ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041202 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list