View: 2317|Reply: 19
|
[Tempatan]
Harta pusaka RM300 bilion, waris 'Datuk Bentara Luar' masih menunggu keputusan
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 17-5-2022 02:39 PM
JOHOR BAHRU: Waris Datuk Bentara Luar Johor, Allahyarham Datuk Mohammed Salleh Perang masih menunggu keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru berkaitan status tuntutan harta pusaka daripada kerajaan negeri yang didakwa bernilai lebih RM300 bilion.
Wakil mereka, Mohd Zaini Aris, berkata sekiranya proses tuntutan berkenaan berjaya, tuntutan selanjutnya akan dilakukan di pejabat tanah dan pejabat-pejabat agensi kerajaan negeri berkaitan lain, mengikut lunas undang-undang oleh waris yang berhak dan layak mendapat bahagian masing-masing.
Menurutnya, pihaknya memiliki dokumen sah seperti geran tanah bagi membuktikan Allahyarham masih mempunyai aset di beberapa daerah di Johor dan sehingga kini masih belum dipindah milik kepada waris yang berhak.
"Lambat atau cepat proses tuntutan harta pusaka keluarga Allahyarham bernilai lebih RM300 bilion daripada kerajaan negeri, kami akan setia menunggu sehingga proses selesai," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Almarhum Dato Bentara Luar 2022 di Larkin, semalam.
Pada Disember tahun lalu, waris Allahyarham memfailkan notis permohonan untuk mendapatkan suatu perintah faraid bagi harta pusaka mereka yang didakwa bernilai lebih RM300 bilion di Mahkamah Syariah di sini.
Seramai 11 pemohon yang menjadi wakil ahli keluarga Datuk Bentara Luar Johor itu menandatangani afidavit untuk permohonan itu.
Sementara itu, Mohd Zaini berkata, lebih 500 ahli keluarga membabitkan tujuh generasi hadir ke majlis yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim keturunan mereka, termasuk dari Kuala Lumpur, Kelantan, Sarawak, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka selain dari seluruh Johor.
"Di samping meluangkan masa bersama keluarga besar ini dan menikmati jamuan hari raya, kami turut tidak melepaskan peluang mengikuti penerangan peguam, Norhanisah Johar berkaitan perkembangan tuntutan harta pusaka. Kami berharap kesemua proses berjalan lancar," katanya.
Waris Allahyarham sudah menjangkau tujuh generasi membabitkan lebih 4,000 orang dengan daftar kematian waris yang direkodkan seramai 462 orang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/956203/tuntut-harta-rm300-bilion-waris-datuk-bentara-luar-tunggu-keputusan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kayanya tersenarai dalam list orang terkaya tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Johor ni negerinya luas tp x byk penduduk zaman tu. Alangkah jawa2 dtg thn 1920an pun senang2 sultan anugerahkan tanah kat Batu Pahat/Pontian, lagikan Salleh Perang, org kerajaan Johor. mestila tanah luas2 dia ada kat johor tu |
|
|
|
|
|
|
|
late 19th century ni dulu batu pahat tu dato bentara luar ini yg punya. mcm tai ko kawasan. direct servent pada sultan. mau tak kayo rayo..
|
|
|
|
|
|
|
|
haah, generasi atuk weols kat kampung tu memang dapat tanah luas yach. Kalau orang bandar tengok, harus diorang kata weols kaya sebab tanah luas gila kot sampai ke belakang rumah sana. Yang ni belah2 kampung la. Generasi sekarang ni, diorang bina rumah kat lot2 tanah tu. So kat kampung tu dah berlapis2 rumahnya. Kalau baraan tu jenuh nak habiskan satu kampung dalam sehari |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik dah lama tak berjumpa
igt sya lg tak |
|
|
|
|
|
|
|
harta 300b bila boleh dapat tu, ni dah 7 keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh..kalau pasal harta, sedara mara seluruh pelusuk dunia hadir..hahaaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
dekat Johor kan banyak nama kawasan bermula dgn Parit XXX
adakah tu bermakna sempadan setiap tuan punya tanah? |
|
|
|
|
|
|
|
RM300 billion dibahagikan dgn 4000 waris
Boleh dapat dlm rm75 juta seorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka nk tukar ic kat jpn code 01 laaa...sempat lg x |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck la....ni semua geran tanah udah bertindih. 7 keterunan mmg susah lah nak klaim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Deme pikiaq ni mcm kes batu putih kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harta pusaka RM300 billion??
|
|
|
|
|
|
|
|
Beta suka berita begini!! |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...Malaysia pecah rekod lahirkan 4000 jutawan dlm sekelip Mata...rezeki
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke...kalau boleh nak lar juga hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanah kat johor pon banyak yg dh kene amik dek cina mainland |
|
|
|
|
|
|
|
300 billion kau. Menangis najib 2.6bil pun ummah dah mengamuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|