Satu undang-undang pelik di Scotland didedahkan dengan kanak-kanak lelaki berusia bawah 10 tahun tidak dibenarkan melihat patung yang tidak berbaju, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Undang-undang itu pada asalnya berasal dari ‘undang-undang kesopanan’ zaman Victoria apabila Britain cuba menghalang kerosakan moral dalam kalangan golongan belia.
Sekumpulan patung yang siap dibina di sebuah kilang di Woolwich, London. - Mirror UK
Peraturan Scotland yang pelik itu telah didedahkan oleh firma guaman John Collins and Partners yang berpangkalan di Swansea.
“Suruhanjaya Undang-Undang bertanggungjawab untuk menyaring undang-undang yang sudah lapuk dalam usaha untuk mengemas kini sistem, tetapi beberapa peraturan pelik masih lagi diguna pakai.
“Bagaimanapun, kami tidak mengharapkan orang ramai terlalu bimbang tentang kebanyakan undang-undang ini,” kata rakan kongsi firma itu, Paul Newman.
Rang Undang-Undang Pemansuhan diluluskan oleh Parlimen Britain setiap beberapa tahun dengan setiap satunya menyingkirkan beratus-ratus halaman undang-undang.
Sumber: Kosmo |