View: 737|Reply: 5
|
[Dunia]
Indonesia musnahkan lebih 9 juta vaksin COVID-19 tamat tempoh
[Copy link]
|
|
Indonesia musnahkan lebih 9 juta vaksin COVID-19
Mei 31, 2022 @ 7:21pm
JAKARTA: Semakin banyak vaksin COVID-19 tamat tempoh terpaksa dilupuskan sebelum memulakan program imunisasi kanak-kanak, ketika ancaman coronavirus makin berkurangan.
Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, berkata keupayaan penyimpanan stok vaksin kini membebankan kerana semakin banyak stok sudah luput tarikh mengisi ruang.
"Lebih-lebih lagi kerana kita sedang bersedia memulakan kempen inokulasi asas bagi kanak-kanak di seluruh Indonesia," katanya.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi, berkata kira-kira sembilan juta dos dijangka luput tarikh menjelang akhir Mei.
Penduduk Indonesia kini bersedia untuk kerajaan melonggarkan semua sekatan COVID-19 memandangkan pandemik semakin reda.
Lebih tiga dalam setiap lima penduduk Indonesia sudah menerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 manakala 17 peratus sudah menerima dos ketiga.
Buat masa sekarang, kebanyakan sekatan sudah dibatalkan kecuali had pengunjung dan waktu operasi di kawasan tertentu selain tidak perlu lagi memakai pelitup muka ketika berada di tempat terbuka.
Kementerian Kesihatan mengesyorkan supaya sekatan ditamatkan apabila 70 peratus penduduk sudah menerima suntikan vaksin penuh, daripada 65 peratus sekarang selain kadar penambahan virus kekal pada tahap satu selama tiga bulan berturut-turut. - AGENSI
sumber: bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 3-6-2022 11:47 AM
Rugi billion rupiah.
Ntahhhh..antar sini ler,kita extend expired date..benda boleh ejassssss. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 3-6-2022 11:47 AM
Rugi billion rupiah.
Kebanyakan nya pun dapat free dr donation negara luar |
|
|
|
|
|
|
|
soalan serius..mmg vaksin yg kt Malaysia ni semuanya berjaya dihabiskan sebelum expired ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|