CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 13

[Dunia] Doktor gigi pakai kostum pembantu rumah tenangkan pesakit

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Pemakaian kostum pembantu rumah dapat membantu pesakit mengurangkan rasa takut ketika berjumpa dengan doktor gigi. – Soranews

Doktor gigi pakai kostum pembantu rumah tenangkan pesakit

TOKYO – Sebuah klinik pergigian di Jepun mencetuskan idea unik menampilkan kakitangan yang memakai kostum pembantu rumah seperti  sering dipaparkan dalam komik dan animasi bagi mengurangkan ketakutan pesakit, lapor akhbar Daily Star semalam.

Doktor gigi dan pengarah Akiba Dental Clinic di Tokyo, Dr. Joji Yukawa berkata, caj perkhidmatan  tetap sama.

“Saya berpendapat bahawa terdapat ramai orang takut untuk berjumpa doktor gigi sehingga ada yang fobia berkaitan masalah pergigian.

“Jadi, saya berasakan pesakit boleh membina hubungan baik dengan kakitangan klinik kami. Amat bagus sekiranya pesakit dapat berjumpa dengan doktor gigi yang bukan sahaja memeriksa gigi mereka, bahkan yang boleh berbual bersama,” ujarnya.

Tambah Yukawa, perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemutihan gigi, rawatan kaviti dan pembersihan gigi. Namun, beliau sedang mempertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan khusus, di mana pesakit boleh sekadar mengunjungi klinik untuk berbual dengan kakitangan yang memakai uniform pembantu rumah.

“Jika pesakit hanya ingin berbual, ia adalah sesuatu yang tidak dilakukan oleh doktor gigi biasa, jadi, saya belum membuat keputusan mengenai perkara itu,” jelasnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -tenangkan-pesakit/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sini klu letak maid indon borak2 ngan dental patient agak nya boleh lah hilang takut, kan ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:16 AM | Show all posts

Cube Korang Imejin

Dr Imelda bacin pulak pake..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengada la kau. Anak akak yang bawah umur pun relax ja kena cabut gigi. Pain tolerance tinggi kot, tak nangis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:03 PM | Show all posts
Jepun memang suka layan fetish

alasan jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-6-2022 11:16 AM
Dr Imelda bacin pulak pake..

Dr sazril jadi fireman


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada kesempatan nak borak2 dgn dentist. Mulut penuh. Cuma fikir cepat2lah siap. Lama iols tak scaling sbb rasa trauma. Latest baru ni rasa best. Habis celah2 gigi dentist gosok dgn berus kecil tu. Takdelah heols gi tolak gusi mcm nak tercabut.


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:10 PM | Show all posts
Tak unik tak pelik tak Jepun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 02:33 PM | Show all posts
kalo dibuat disini...ptg dh kena rush
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 03:18 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 18-6-2022 06:33 AM
kalo dibuat disini...ptg dh kena rush

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-6-2022 03:18 PM

Oh my English!

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-6-2022 12:21 PM
Mana ada kesempatan nak borak2 dgn dentist. Mulut penuh. Cuma fikir cepat2lah siap. Lama iols tak sc ...

Iols pulak terbalik. Sebelum2 ni syok je time cuci gigi. Sekali minggu lepas pegi cuci kat klinik lain, rasa macam nak tumbok muka doktor tu
Sakit yakmatttt.... Meleleh2 air mate
Ni dah seminggu lebih, gigi dok ngilu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa dengan doktor  gg ni, mCam2 hal kena culik la
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
thread sebelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.103666 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list