CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 0

Peluang Ferrari bangkit di Montreal

[Copy link]
Post time 18-6-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode

PELUMBA Sepanyol, Carlos Sainz bersama jentera Ferrari.

Montreal: Formula Satu kembali ke Kanada hujung minggu ini buat kali pertama sejak 2019 dengan Red Bull mempamerkan penguasaan manakala Ferrari perlu segera bangkit mengatasi masalah yang menjejaskan impian mereka.

Tiada pasukan menang lebih banyak di Montreal berbanding pasukan berpangkalan di Itali itu namun musim ini mereka tampil hambar dan mengecewakan.

Charles Leclerc menyambar enam petak pertama dalam lapan perlumbaan termasuk empat terakhir tetapi menarik diri dalam dua daripada tiga perlumbaan akibat masalah enjin dan kini ketinggalan 34 mata di belakang jaguh Red Bull, Max Verstappen.

Selepas menamatkan kedudukan satu dunia di Azerbaijan, Red Bull mendahului Ferrari dengan 80 mata dan dijangka meraih kemenangan keenam berturut-turut.

"Kami pulang kecewa dari Baku, gagal meraih mata yang sepatutnya diperolehi ," kata Pengarah Sukan Ferrari, Inaki Rueda.

"Tetapi tetap ada aspek positif. Kami mempunyai jentera yang bagus dan kami mampu bersaing dalam apa keadaan pun namun kelemahan yang ada akan kami atasi secepat mungkin."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bangkit-di-montreal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060302 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list