CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 12

[Dunia] Thailand akan kaji semula jualan ganja lepas cetus kebimbangan, byk terima aduan

[Copy link]
Post time 18-6-2022 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Penjualan ganja meningkat cetus kebimbangan di Thailand
Agensi


Bangkok: Kerajaan Thailand bakal mengeluarkan peraturan baharu berhubung penggunaan ganja, selepas kebenaran yang diberikan sejak 9 Jun lalu mencetuskan banyak aduan.

Ia termasuk kebimbangan bahan itu mudah diakses untuk tujuan rekreasi oleh sesiapa termasuk kanak-kanak.

Bangkok Post melaporkan, penjualan ganja yang meningkat mendadak mencetuskan kebimbangan.

Timbalan Setiausaha Tetap, Wantanee Wattana berkata, sekurang-kurangnya seorang dilaporkan meninggal dunia dan beberapa lagi termasuk pelajar berusia 16 dan 17 tahun dimasukkan ke hospital di Bangkok minggu ini untuk rawatan yang ditakrifkan sebagai pengambilan ganja berlebihan.

Draf rang undang-undang ganja sudah dibentangkan di parlimen, tetapi mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi untuk diluluskan menjadi undang-undang.

"Tiada langkah kawalan selain dari mulut ke mulut," keluh Mana Nimitmongkol, ketua Pertubuhan Pencegahan Rasuah (Thailand), dalam satu catatan dalam talian awal minggu ini.

Semalam, peraturan baharu berkuat kuasa melarang perbuatan menghisap ganja secara terbuka di khalayak ramai serta penjualan ganja kepada individu di bawah umur 20 tahun, wanita hamil dan ibu menyusu.

Peraturan itu diterbitkan dalam Warta Diraja.

Beberapa peraturan lain termasuk mengharamkan ganja di sekolah, keperluan bagi peruncit memberikan maklumat yang jelas tentang penggunaan ganja dalam makanan dan minuman serta undang-undang kesihatan yang mentakrifkan asap daripada ganja sebagai gangguan awam yang boleh dihukum penjara dan denda.

Pengkritik berkata kerajaan Thailand disifatkan tergesa-gesa untuk menghapuskan hukuman jenayah ke atas ganja sebelum meluluskan undang-undang untuk memastikan bahan itu dikawal.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul berkata, beliau akan menandatangani peraturan Khamis depan untuk menetapkan ganja sebagai tumbuhan terkawal.

Peraturan itu akan menjadi alat untuk pegawai mengawal dan mencegah sebarang penyalahgunaan.

Jabatan Kesihatan sebelum ini ada mengeluarkan garis panduan penggunaan ganja dalam masakan yang antara lain menyebut seorang individu tidak boleh mengambil lebih dua hidangan mengandungi ganja dalam tempoh sehari.

Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan otak, dan penggunaan dalam kalangan kanak-kanak boleh menjejaskan perkembangan minda.

Disiarkan pada: Jun 18, 2022 @ 5:18pm

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape suruh ambil lebih2 dik oi.


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
2 orang ja kan... itu natural selection in action. Please Thailand no u-turn faham kau?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi china kedua ke macam opium war. Dah namanya dadih. Tapi bagus jugak, baru orang melesia yang support ketum ke ganja ni boleh dijual tengok kesannya. Baru real ye tak. Sbb kalau crita pasal opium war in china ni org tak boleh nak pikir kan kesan buruk seburuk-buruknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtra kerja la kastam malaysia kat sempadan siam nanti nak kena xtra check malaysian yg balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah mati yang overdose tu
Maybe yang budak2 bani tenang campur bahan lain
Laman tinggal manusia yang elok2 je perangai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2022 07:50 PM | Show all posts
Sini quebec me rasa 5 tahun kot ganja dihalalkan penjualan, tapi tak rasa apa apa pun dari kehalalan tersebut...

Kes jenayah tak meningkat ke apa..

Anyway gov control so gov yang buka kedai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Perang Candu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kerajaan @ menteri Malaysia je yg bodoh yg suka Uturn....rupanya Thailand pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 11:08 PM | Show all posts
pening pulak nk kawal
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sengaja bikin satu masalaa semata untuk selesaikan masalaa yang lain-lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 18-6-2022 07:50 PM
Sini quebec me rasa 5 tahun kot ganja dihalalkan penjualan, tapi tak rasa apa apa pun dari kehalalan ...

Sini mesia laenn.

Hat yg haram dari sudut undang-undang pun depa langgar... tak menang tangan pulis nak kawal.... macam tiada penghujung.

Apatah lagi kalau mende tu suatu hari legal... lagi haru.
Yg ngisap pun dak-dak melayu gak.
Dak-dak melayu jahanam, salahkan cina.

Orang cina: "Dafuk..??!!" (terpinga-pinga)
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dispensary next target tempat akan di rompak...cuma yang rompak itu pothead
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044500 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list