CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 2

[Tempatan] Musim durian. Pemilik2 dusun guna dron pantau elak durian kena curi

[Copy link]
Post time 19-6-2022 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Empat dron pantau dusun durian elak buah dicuri
Zuhainy Zulkiffli

Balik Pulau: Pemilik dusun sanggup berhabis wang sebanyak RM40,000 bagi membeli empat pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron untuk memantau dusun durian milik keluarganya.

Inisiatif digunakan sejak lima tahun lalu itu nyata membuahkan hasil apabila kes kecurian buah termasuk peralatan lain di dusunnya semakin berkurangan.

Generasi keempat pemilik dusun, Tan Chee Keat, 30, berkata kaedah itu turut digunakan di beberapa lagi dusun milik keluarganya sekitar Sungai Ara, Teluk Kumbar, Relau dan Teluk Bahang yang keseluruhannya dianggarkan seluas 102 hektar.

Katanya, terdapat kira-kira 20 jenis durian di dusunnya termasuk yang menjadi buruan seperti duri hitam dan Musang King.

"Sebelum ini memang kami hadapi kerugian sebanyak ratusan ribu ringgit akibat kecurian buah serta peralatan seperti mesin, pam air dan lain-lain lagi.

"Namun selepas menggunakan dron dengan sistem Mavic 3 yang dilengkapi alat pandu suara dan menghubungkan dengan walkie-talkie, kes (kecurian) berkurangan.

"Kami turut melengkapkan pengawasan dengan memasang sebanyak 17 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kebun," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Chee Keat berkata, kesemua dusun milik keluarganya kini mempunyai seramai 42 pekerja dan dron berkenaan diterbangkan selama empat kali sehari yang mana setiap sesi penerbangan adalah sekitar 30 minit.

Katanya, dron terbabit diterbangkan sepanjang masa setiap tahun, bukan hanya pada musim durian, bagi memastikan pokok dalam keadaan baik dan tidak berpenyakit selain mengelak kehilangan barangan lain.

"Kami merancang mahu menambah beberapa lagi manfaat teknologi penggunaan dron bagi kegunaan di dusun. Diharap pada masa akan datang, terdapat sistem atau teknologi baru yang boleh menerbangkan dron berkenaan bagi tempoh lama.

"Memang pada dasarnya perlu melabur ribuan ringgit tetapi jika lihat semula sebelum penggunaannya, kami dapat mengelakkan kerugian sehingga ratusan ribu setahun akibat kecurian di dusun," katanya.

Disiarkan pada: Jun 19, 2022 @ 3:46pm

sumber: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ko makan la durian tu sorang2....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 08:41 PM | Show all posts
elok guna hantu raya untuk jaga kebun, lagi canggih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.081394 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list