View: 784|Reply: 0
|
Quartararo tawan GP Jerman buat kali pertama
[Copy link]
|
|
QUARTARARO meraih kemenangan berturut-turut musim ini selepas berjaya mengungguli GP Jerman di Litar Sachsenring sebentar tadi.
SACHSENRING, Jerman – Meskipun memulakan saingan di petak kedua, namun ia tidak menjadi masalah buat pelumba Yamaha, Fabio Quartararo untuk melakar kemenangan pada Grand Prix (GP) Jerman sebentar tadi.
Pada saingan tersebut, Quartararo bermula garang apabila memberi tekanan kepada pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang memulakan saingan di petak utama.
Bagaimanapun, pelumba Itali tersebut tidak bertahan lama selepas tergelincir di Litar Sachsenring selepas dilihat melakukan kesilapan sekali gus membolehkan Quartararo melakar kemenangan kedua berturut-turut musim ini.
Lebih manis, ia adalah kemenangan pertama buat pelumba Perancis tersebut di bumi Jerman selepas perlumbaan musim ini dikuasai pelumba Honda, Marc Marquez.
Litar Sachsenring adalah ‘gelanggang’ kegemaran Marquez yang mana pelumba Sepanyol tersebut berjaya meraih lapan kemenangan berturut-turut sejak mula memenanginya pada 2013.
“Pada hari ini kami membuat pemilihan tayar yang tepat dan akhirnya membantu saya meraih kemenangan di sini. Saya akui sangat letih dan terima kasih kepada pasukan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa,” kata Quartararo.
Mengiringi Quartararo ke podium ialah rakan senegaranya, Johann Zarco (Pramac Ducati) dan Jack Miller yang menamatkan saingan tempat ketiga sejurus berjaya memintas Aleix Espargaro pada baki tiga pusingan terakhir.
Hasil kemenangan tersebut, Quartararo selesa memacu carta kedudukan teratas pelumba dengan 172 mata, meninggalkan Espargaro di tangga kedua dengan perbezaan 34 mata selepas mengumpul 138 mata keseluruhan. Zarco pula berada di tangga ketiga dengan 111 mata. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -buat-kali-pertama/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|