View: 1151|Reply: 10
|
[Politik]
Muhyiddin "sekolahkan" Najib: Urus masalah sendirilah...
[Copy link]
|
|
Dia bukan hakim - itu kata-kata diungkapkan Muhyiddin Yassin sebagai reaksinya terhadap persoalan dilontarkan Najib Razak mengenai isu dakwaan sogokan diberi syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
Muhyiddin yang juga presiden Bersatu juga berkata adalah lebih baik untuk Najib "menguruskan" masalah yang sedang dihadapinya,.
"Dia bukan hakim. Elok dia manage (uruskan) dia punya problem-lah," kata ahli parlimen Pagoh itu ketika ditanya media mengenai percanggahan tarikh dia menerima rawatan kerana kanser di luar negara dengan waktu didakwa menerima wang daripada UKSB.
Tambah Muhyiddin kenyataan yang diberikannya sebelum ini memadai untuk menjawab - dan menafikan - dakwaan pegawai atasan UKSB semasa memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Muhyiddin dia tidak bercadang untuk memberi sebarang kenyataan tambahan.
"Saya punya kenyataan begitu dan saya sebutkan juga contoh satu dua tarikh yang disebutkan oleh pihak (berkenaan), konon diberi sogokan.
"Saya kata pada waktu itu saya tak ada di sini. Jadi saya minta tak perlu dibahas lagi," katanya.
Tambah pengerusi Perikatan Nasional itu lagi dia juga terbuka untuk dipanggil memberi keterangan oleh pihak berkuasa sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya tak takut kerana saya bercakap yang benar," katanya di suatu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Untuk rekod seperti Ahmad Zahid, Najib juga sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Najib sebelum ini sudah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.
Tak kisah report banyak
Apabila Najib membawa kes berkenaan ke peringkat lebih tinggi, Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan sabitan tersebut. Ia kini berada di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Sebelum ini, bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, Muhyiddin menerima RM1.3 juta melalui tiga transaksi masing-masing pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.
Dalam keterangannya, Tan mengenal pasti Muhyiddin sebagai ‘TSM’ yang dicatatkan dalam lejar UKSB.
Ahli Parlimen Pagoh itu dalam penafian awalnya tidak menyebut tarikh tertentu, sebaliknya berkata dia menjalani pembedahan pada Julai 2018, justeru "mustahil" untuk menerima rasuah daripada sesiapa.
Melalui Facebook, Najib - yang pernah memilih Muhyiddin sebagai timbalannya sewaktu dia menjadi perdana menteri - kemudian mempersoalkan penafian tersebut.
Najib juga menunjukkan bahawa Muhyiddin belum menjalani pembedahan pada 4 Julai 2018, dan kembali bertugas pada 14 Ogos.
Kata Muhyiddin setakat ini tiada mana-mana pihak berkuasa menghubunginya untuk diambil keterangan.
Menegaskan sekali lagi bahawa dia "bercakap benar" Muhyiddin berkata terserah kepada orang lain untuk berkata apa mengenai dakwaan berkenaan.
"Kalau nak sahkan benar atau tak benar, saya dah bagitahu saya bersedia disiasat. Sekarang boleh, besok boleh.
"Nak buat report polis banyak-banyak pun buatlah. Biar polis siasat," katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/625560
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 22-6-2022 12:32 AM
Najib Razak:
Sensitif nya!
Saya sudah tunjukkan dengan bukti.
Bahawa dia berbohong dia sakit di luar negeri ketika bayaran didakwa buat padanya.
Dia marah pulak. Terus kata dia tak mahu ulas lagi.
Apapun... Welcome to kluster mahkamah soon.
----
“Saya dah selesai buat satu kenyataan dan saya tak mau tokok (tambah) lagi dalam majlis ini,” kata Muhyiddin".
"Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu."
[color=var(--blue-link)]https://www.bharian.com.my/.../muhyiddin-terima-rm13-juta...
4 June 2018 Didakwa terima RM300k. Muhyiddin lawat Bukit Aman.
[color=var(--blue-link)]https://malaysiagazette.com/.../lawatan-kerja-muhyiddin.../
4 Julai 2018 Didakwa terima RM500k. Muhyiddin belum jalani pembedahan.
12 Julai 2018 Muhyiddin selamat jalani pembedahan
[color=var(--blue-link)]https://www.bharian.com.my/.../muhyiddin-selamat-jalani...
7 Ogos 2018 Muhyiddin keluar hospital
[color=var(--blue-link)]https://www.bharian.com.my/.../muhyiddin-keluar-hospital
14 Ogos 2018: Muhyiddin angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat
[color=var(--blue-link)]https://twitter.com/kdnputrajaya/status/1029221716067635200
23 Ogos 2018 - Didakwa terima RM500k.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri yg ambik rasuah sah2 la bersalah. Tp knp kes ni pemberi rasuah seolah2 mcm suci murni kebal kecaman? |
|
|
|
|
|
|
|
undi lah bn pn aslkan melayu konsepnyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
diam ajelah memsg
makin byk ckp makin huduh perangai tu |
|
|
|
|
|
|
|
daripada berbohong elok diam,
bila dah kantoi, susah nak jawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols wonder masa abah kerja bawah Najib dulu mmg selalu sensitif mcm ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dua org ni kan...pernah satu masa jadi org nombor 1 dan nombor 2 dalam negara ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ngkomer dua2 dah tak relevan. Berambuih lah |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Lateepah Koya tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|