CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 537|Reply: 4

[Tempatan] Cacar monyet: Imigresen perketatkan sempadan Johor-Singapura

[Copy link]
Post time 22-6-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode
ISKANDAR PUTERI: Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap pengembara yang tiba di pintu sempadan negeri Johor susulan laporan kes jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata setiap pegawai Imigresen juga telah diberikan surat pemberitahuan untuk melakukan pemeriksaan khususnya terhadap individu yang mempunyai simptom.

"Memandangkan hari ini Singapura, ada kes import cacar monyet dan sedang buat rawatan, jadi kita siap siaga dan telah beri surat amaran kepada semua petugas Imigresen khususnya di sempadan.

"Mereka akan menjadi penyaring utama di pintu masuk kita, kalau sesiapa yang masuk Malaysia ada simptom-simptom mereka perlu terus lapor kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Terdahulu, Singapura mengesahkan satu kes import jangkitan cacar monyet di republik itu membabitkan seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, lelaki itu berada di republik berkenaan antara 15 hingga 17 Jun 2022 dan sekali lagi pada 19 Jun.

Sementara itu, Ling berkata tahap kesihatan pengembara juga akan dipantau Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi aplikasi MySejahtera.

"Jika (semasa diperiksa) pengembara atau yang tinggal di luar negara ini tidak ada simptom, kita akan minta mereka membuka MySejahtera dan jawab soalan, lapor keadaan kesihatan mereka ketika di luar negara dalam masa 14 hari," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut.
-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Chimchar  tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:33 AM | Show all posts
Wah, dah smpi singapura...sama mcm COVID-19 jgk ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
covid dulu pon mai dr sana....pemulaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:38 AM | Show all posts
singapura dan thailand ramai gay...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071757 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list