CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 7

[Dunia] Gempa bumi: Lebih 1,000 maut di Afghanistan

[Copy link]
Post time 22-6-2022 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-6-2022 05:06 AM


Gempa bumi: Lebih 1,000 maut di Afghanistan





  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 22 Jun 2022, 6:55 pm


KABUL: Jurucakap Kerajaan Taliban, Bilal Karimi memaklumkan angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda timur Afghanistan hari ini sudah mencecah 1,000 orang.

Kebanyakan kematian yang disahkan adalah di daerah Barmal, Ziruk, Naka dan Gayan di wilayah Paktika, daerah paling terjejas di wilayah timur melibatkan 255 orang terbunuh dan lebih 200 cedera.

Di wilayah Khost, 25 maut dan 90 dibawa ke hospital.
“Ratusan rumah musnah teruk dan kita jangka kehilangan besar nyawa manusia serta kerosakan besar infrastruktur,” katanya.
Karimi berkata, ratusan mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter yang melanda Afghanistan awal pagi semalam, dilaporkan melanda penduduk di bahagian timur sehingga dapat dirasakan oleh negara jiran, Pakistan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi itu berlaku kira-kira 44 kilometer (km) dari bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan.
Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) melalui Twitternya memaklumkan, gegaran itu turut dirasakan kira-kira 119 juta penduduk di Pakistan, Afghanistan dan India.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts


6.1 tu lebih kurang gempa di Sabah dulu.

Kesian Afghanis...1k meninggal mungkin sebab rumah pun tak sesuai tak mampu bertahan against earthquake.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:27 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyawa orang afganisthon tak penting sis. Next sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:39 AM | Show all posts
baru je setahun taliban ambik afganistan tuhan dah turunkan bala..tp ofkos lah lobai malaya akan konar baring ckp ni semua ujian bukanya bala.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:44 AM | Show all posts
Bala bertimpa takziah buat mereka yang terlibat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 11:47 AM | Show all posts
so ini ujian ke bala??
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:43 PM | Show all posts
hancur rumah-rumah.. kalau tak perang kena gempa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042923 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list