CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 4

[Tempatan] Wakil rakyat disaran potong elaun dan gaji

[Copy link]
Post time 23-6-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Semua wakil rakyat disaran mengorbankan elaun dan melaksanakan pemotongan gaji menjelang kenaikan harga barang keperluan asas berikutan pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, adalah tidak adil untuk rakyat menderita sendirian manakala wakil rakyat terus menikmati faedah seperti gaji penuh, elaun yang tinggi dan bajet perjalanan luar negara pada masa ini.

”Ini merupakan masa yang tepat untuk semua ahli Parlimen dan ADUN, tanpa mengira fahaman politik untuk bersolidariti bersama-sama rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi meneruskan kawalan harga siling ayam mentah dan telur ayam bermula 1 Julai ini.

Selain itu, subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) juga tidak akan diteruskan sekali gus harga barangan dijangka meningkat berikutan ia ditentukan oleh pasaran.

Menurut Baljit, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kabinetnya, Timbalan Menteri, ahli Parlimen dan ADUN mesti mengambil langkah segera dan memulangkan kembali wang kepada rakyat menerusi pemotongan elaun dan gaji.

”Malah, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan dan pemegang jawatan politik yang lain juga tidak boleh terlepas daripada perkara ini.

”Semua wang daripada gaji dan elaun hendaklah disalurkan semula kepada rakyat sebelum terlambat dan menyebabkan kita dibelenggu gejala sosial dan kesusahan yang lebih teruk,” katanya.

Tambahnya, nilai dan watak sebenar  pemimpin negara dapat dilihat oleh rakyat sekiranya mereka menangani krisis dengan baik.

”Oleh itu, semua pihak harus bersama-sama dalam hal ini dan prihatin kepada satu sama lain dalam masa yang sukar ini,” katanya.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/wakil-rakyat-disaran-potong-elaun-dan-gaji/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Juga extend kpd pegawai2 tinggin kerajaan golongan T20 kayangan. Executive2 tertinggi GLC juga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 08:43 PM | Show all posts
Sepatutnya begitulah. Depa ni pun pastinya ada pendapatan dari sumber lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 08:43 PM | Show all posts
Saranan yang kurang cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baljit ni ahli parlimen atau adun?
Aku harap ada la ahli parlimen atau adun yang sokong cadangan ni dah lebih ramai adun atau ahli parlimen yang akan cadang hapuskan atau kurangkan pencen ahli politik.
Terutamanya wakil pembangkang yang prihatin dengan rakyat. Baru lah betul berjuang untuk rakyat
Tapi mcm biasalah ramai yg bab menghasut rakyat pandai lah sebab bukan keluar duit dari kocek sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035377 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list