View: 798|Reply: 11
|
[Tempatan]
Peniaga had pembelian minyak masak paket
[Copy link]
|
|
Peniaga had pembelian minyak masak paket
KUALA LUMPUR: Bekalan minyak masak botol masih boleh diperoleh di pasaran, namun sudah ada pasar raya mengehadkan pembelian kepada hanya tiga botol bagi setiap keluarga.
Tinjauan BH di pasar raya sekitar ibu negara hari ini, mendapati masih ada stok minyak masak botol dijual pada harga antara RM6.70 hingga RM 29.70 bagi isupadu satu hingga lima kilogram (kg) untuk beberapa jenama seperti Saji, Buruh, Seri Murni dan Alif.
Beberapa pengguna yang ditemui berharap kerajaan mengkaji semula keputusan menghapuskan subsidi bagi minyak masak botol mulai 1 Julai nanti.
Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 72, berkata pemansuhan subsidi minyak botol pasti memberi kesan kepada orang ramai, terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah.
"Bagi golongan berkenaan, mereka pasti terkesan. Ia tidak sama dengan rakyat yang mempunyai gaji tinggi. Kalau boleh, saya harap kerajaan dapat melanjutkan subsidi ini sebab kalau dimansuhkan, maka saya kena belanja lebih sedikit," katanya.
Seorang lagi pengguna, Teoh Bee Kim, 63, berkata subsidi barangan tertentu yang bakal dimansuhkan kelak dikhuatiri menambah beban kewangan kepada warga kota serta bandar.
Di Kuala Terengganu, minyak masak paket 1kg dijangka mendapat permintaan tinggi pengguna selepas subsidi minyak masak botol dimansuhkan, yang dikhuatiri menyebabkan stok tidak mencukupi di pasaran.
Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar mendapati orang ramai memilih membeli minyak masak paket berikutan harganya jauh lebih rendah iaitu RM2.50 1kg berbanding minyak botol berharga lebih RM12 untuk 2kg, bergantung kepada jenama.
Bagi memastikan stok minyak berkenaan mencukupi, pembelian terpaksa dihadkan tidak lebih tiga paket bagi setiap pengguna.
Pengurus Sabasun HyperRunchit Sdn Bhd, Mohd Azuan Sa'ad berkata, setakat ini pihaknya tidak menghadapi masalah bekalan minyak masak botol atau paket, namun menjangkakan permintaan terhadap minyak masak botol akan berkurangan selepas 1 Julai nanti.
"Saya percaya bermula Julai nanti, stok minyak paket tidak akan mencukupi untuk keperluan pengguna. Sekarang setiap minggu, kami terima bekalan minyak masak paket sebanyak 150 kotak di mana setiap kotak mengandungi 17 paket.
"Namun, bekalan itu adakalanya tidak mencukupi untuk tempoh seminggu dan kami terpaksa mengehadkan setiap pengguna hanya dibenarkan membeli tiga paket untuk setiap pembelian. Bermula Julai nanti, mungkin terpaksa hadkan lagi kuantiti pembelian," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -minyak-masak-paket
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena had kan pd peniaga yg jenis beli minyak peket sekotak terus. Guna minyak peket tapi jual makanan mcm guna minyak botol. |
|
|
|
|
|
|
|
Isi rumah Malaysia ni kalau memasak, masakan apa yang pakai minyak banyak2 ni? Goreng-menggoreng? Kari? Rendang?
Aku ni 1 botol 1 liter tu pun tak habis dalam masa 1 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 23-6-2022 08:41 PM
Isi rumah Malaysia ni kalau memasak, masakan apa yang pakai minyak banyak2 ni? Goreng-menggoreng? Ka ...
Biasa goreng ayam..especially yg salut tepung..sekali guna dah gelap warna dan dah kena tuko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah. Aku tak pernah masak ayam goreng. Biasanya panggang je.
|
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 23-6-2022 08:51 PM
Patutlah. Aku tak pernah masak ayam goreng. Biasanya panggang je.
Tu la iols pun selalu guna airfryer je..cuma a few times in a month akan goreng pakai tepung. Selalu juga org dtg collect used oil kat perumahan ni..kitorg akan bg compile list dulu ablm dia dtg collect. Terkejut tgk dlm list ada yg sampai 40kg used oil..iols nk kumpul 1kg pun berjanggut. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang kena tukar2 cara memasak agar tak jemu, kan? Mahal ke harga used cooking oil ni? |
|
|
|
|
|
|
|
minyak paket subsidi tu patut hadkan 2 paket je sebulan...kalau kegunaan rumahtangga cukuplah..kalau lebih pakai yg tiada subsidi..so lebih ramai leh merasa minyak masak subsidi. la nie 3 paket sekali beli , beratur sekeluarga 4 org dah dapat sedozen or datang hari2 beli 3 pek pi pulak 2-3 kedai memanglah lah boleh niaga , |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dh lama ke takleh beli banyak minyak peket
Sebab kalau iols pegi Giant, mesti nampak nota terhad kepada 3 pembelian per customer. |
|
|
|
|
|
|
|
Iye memang dah lama pun minyak peket tak boleh beli lebih 3 peket. Kat tempat iols ada kedai tetapkan tak boleh beli lebih 2 peket.
Sekarang iols masih lagi guna minyak botol yang 5kg tu. Tahan sikit boleh guna gorengan berkali minyak masih elok. Kalau minyak peket goreng ikan atau ayam sekali lepas tu minyak jadi hitam |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 23-6-2022 08:38 PM
Kena had kan pd peniaga yg jenis beli minyak peket sekotak terus. Guna minyak peket tapi jual makana ...
Peniaga beruk ni la paling menyalak nnt harga minyak mahal tp masa sama borong minyak subsidi berkotak2..sial tol perangai |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 23-6-2022 08:59 PM
Memang kena tukar2 cara memasak agar tak jemu, kan? Mahal ke harga used cooking oil ni?
Ntah...iols x amik kisah harga sbb bagi je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|