CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Dunia] Parlimen Sri Lanka batalkan baki persidangan akibat kekurangan bahan api

[Copy link]
Post time 23-6-2022 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Parlimen Sri Lanka batalkan baki persidangan akibat kekurangan bahan api


Kenderaan beratur panjang di stesen minyak untuk mendapatkan bekalan petrol dan diesel sejak semalam di Colombo, Sri Lanka. - FOTO Reuters

Colombo: Parlimen Sri Lanka telah membatalkan baki persidangannya minggu ini untuk menjimatkan bahan api, kata pegawai pada Khamis.

Krisis ekonomi yang melanda negara berkenaan menyebabkan bekalan petrol semakin meruncing.

Kekurangan mata wang asing yang kritikal telah menyebabkan pengimport tidak dapat membiayai pembelian makanan, minyak dan ubat-ubatan, manakala inflasi yang berterusan dan keputusan bekalan elektrik telah menjadikan hidup sengsara bagi 22 juta penduduk negara Asia Selatan itu.

Pegawai parlimen berkata penggubal undang-undang memutuskan untuk tidak mengadakan sesi pada Khamis dan Jumaat bagi mengelakkan penggunaan petrol yang tidak perlu, beberapa hari selepas pihak berkuasa menutup sekolah dan beberapa pejabat negeri atas sebab yang sama.

Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera berkata penghantaran petrol yang dijadualkan Khamis telah ditangguhkan dan menggesa pemandu untuk mengurangkan perjalanan.

"Hanya jumlah petrol yang terhad akan diagihkan ke stesen pam hari ini dan esok," katanya kepada pemberita di Colombo, dengan pemandu kenderaan sudah beratur berhari-hari untuk menambah tangki mereka.

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe berkata pada Rabu bahawa ekonomi negara telah mencapai tahap "keruntuhan sepenuhnya".

"Kami kini menghadapi situasi yang jauh lebih serius melangkaui kekurangan bahan api, gas, elektrik dan makanan semata-mata," kata Wickremesinghe.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ekurangan-bahan-api

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.142409 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list