View: 594|Reply: 2
|
[Dunia]
Pengantin baharu uruskan mayat gelandangan ketika memakai busana perkahwinan
[Copy link]
|
|
Pasangan ini menguruskan mayat gelandangan yang dijumpai semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan mereka. - eva.n
Pengantin baharu uruskan mayat gelandangan ketika memakai busana perkahwinan
NAYPYIDAW, Myanmar – Sepasang pengantin baharu di Myanmar tular di media sosial kerana sanggup menguruskan mayat seorang gelandangan semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Wolipop.
Pasangan Maung Zin Phyo Aung dan isterinya, Ma Htet Htet Htwe baru sahaja pulang dari melangsungkan perkahwinan di sebuah rumah mayat di Yangon.
Mereka memilih berkahwin di lokasi yang agak pelik itu kerana masing-masing merupakan pekerja di rumah mayat berkenaan. Pasangan itu jatuh cinta ketika bekerja bersama.
Maung merupakan seorang pegawai rumah mayat, manakala Ma pula ialah pekerja pembersihan di situ.
“Saya tidak menganggap penemuan mayat semasa masih memakai busana perkahwinan sebagai petanda yang baik atau sebaliknya.
“Kami hanya melakukan tugas kami sebagai pekerja rumah mayat dan kami berbangga dengan pekerjaan kami,” kata Ma.
Ma dan Maung turut membantu pekerja rumah mayat menguruskan mayat lelaki tua yang ditemui itu sebelum kembali meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... busana-perkahwinan/
|
|
|
|
|
|
|
|
hala hala hala
dah tak ada langsung ke staff lain
ko kawin ler waktu tu kawinnnnnnnnnnn
choyyyy betui badi eh depa caya ke ada badi |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|