View: 593|Reply: 1
|
[Dunia]
Aung San Suu Kyi kini merengkok dalam penjara rahsia, tiada lagi tahanan rumah
[Copy link]
|
|
NAYPYITAW: Pemerintah tentera Myanmar telah mengarahkan semua prosiding undang-undang terhadap pemimpin Aung San Suu Kyi dipindahkan dari bilik mahkamah ke penjara.
Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang berusia 77 tahun telah didakwa dengan sekurang-kurangnya 20 kesalahan jenayah sejak beliau digulingkan dalam rampasan kuasa awal tahun lalu, termasuk pelbagai tuduhan rasuah.
Suu Kyi bagaimanapun menafikan semua pertuduhan itu.
Beberapa media melaporkan Suu Kyi telah dipindahkan dari tahanan rumah ke tahanan di penjara Naypyitaw pada Rabu.
Pemimpin junta Min Aung Hlaing setakat ini membenarkan Suu Kyi kekal dalam tahanan di lokasi yang tidak didedahkan di ibu negara Naypyitaw, walaupun disabitkan dengan hasutan dan beberapa kesalahan kecil.
Menurut laporan Reuters yang memetik sumber yang enggan dikenali berkata, perbicaraan akan dipindahkan ke mahkamah khas baharu di penjara Naypyitaw.
Prosiding mahkamah Suu Kyi berlangsung secara tertutup dengan hanya maklumat terhad yang dilaporkan oleh media kerajaan.
Perintah larangan juga telah dikenakan ke atas peguamnya yang merupakan satu-satunya akses kepada Suu Kyi adalah pada hari perbicaraan.
Negara-negara barat telah menggelar sabitan itu sebagai palsu dan menuntut pembebasan Suu Kyi.
Namun, junta tentera menjelaskan, suu kyi diberikan hak sewajarnya untuk mendapatkan keadilan sewajarnya.
https://www.astroawani.com/berita-dunia/krisis-myanmar-perbicaraan-suu-kyi-dipindahkan-ke-penjara-367756
|
|
|
|
|
|
|
| |
|