View: 749|Reply: 5
|
Simpan Mayat Anak Dalam Rumah Sampai Reput Sebab Tak Sanggup Berpisah
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berusia 80-an bertindak menyimpan jasad seorang lelaki yang dipercayai anak lelakinya selama seminggu di dalam rumah di sebuah flat di Singapura.
Mothership melaporkan, jiran di flat berkenaan mengatakan bahawa lelaki berusia 54 tahun itu kebiasaannya akan keluar rumah seawal jam 8.00 pagi untuk menjemur pakaian atau menyiram pokok bunganya.
Sungguh menghairangkan apabila sudah seminggu individu tersebut tidak melihat kelibatnya bahkan tidak menyangka bahawa lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.
Foto: FB
Seorang lagi jiran mendedahkan dia terhidu bau yang sangat busuk dan tengik sejak seminggu yang lalu tetapi tidak tahu dari mana puncanya.
Apabila bau itu semakin teruk, mereka membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada penghuni rumah berkenaan.
Ketika pihak polis masuk ke rumah terbabit, alangkah terkejutnya apabila mereka menemui jasad seorang lelaki yang sudah reput dalam keadaan tertunduk di ruang tamu dan dihurung lalat.
Saksi menyatakan, si ibu dilihat mengalirkan air mata kerana mungkin agak berat baginya melihat anak kesayangan dibawa keluar daripada rumah terbabit.
"Sebaik sahaja pihak polis masuk ke dalam rumah, saya dengar warga emas itu menangis. Mungkin dia rasa berat hati anak dia diambil.
Saya rasa sedih tengok dia menangis. Lagipun anaknya yang ‘pergi’ dahulu berbanding ibunya."
Setelah pihak polis beredar, si ibu yang memakai baju tidur serta berkaca mata dirakam mula membersihkan kawasan rumah berkenaan. Malah tidak lama selepas itu, dia dibantu oleh seorang lagi wanita berbaju biru.
Difahamkan, wanita berkenaan dan anaknya itu sering menyepi dan tidak pernah bercakap dengan jiran. Malah, dia akan pulang ke rumahnya jika dia melihat penghuni flat lain berada di situ.
Sementara itu, kes berkenaan masih lagi berada dalam siasatan pihak polis untuk mencari punca di sebalik insiden terbabit. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...Moga gomen hantar nenek pegi rumah orang tua supaya ada yang boleh tengok, ada yang boleh jaga. Tak la depress duduk seorang lalu bunuh diri... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh terima kenyataan yang selalu menjaganya pulak pergi dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakar jer la dulu.simpan abu kat ruang tamu. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm drama melayu hari tu - apa ke tajuk nya yg budak ni simpan mayat mak nya dlm peti ais
in real life pun terjadi gak but the other way round
oh dunia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|