View: 833|Reply: 3
|
[Politik]
PRU-15 perlu diadakan segera - Abdul Hadi
[Copy link]
|
|
PRU-15 perlu diadakan segera - Abdul Hadi
ABDUL Hadi ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
Marang: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera sekiranya mahu membina kekuatan kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PRU-15 juga perlu dilakukan apabila semua pihak bersedia dalam apa juga keadaan yang melanda ketika ini.
"Memang pada dasarnya, kita bersetuju pilihan raya umum diadakan hingga habis penggal tapi kalau dalam keadaan yang memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan perlu disegerakan PRU itu.
"(Kena) tengok keadaan dan kena ada persediaan, kalau tak ada persediaan tak boleh buat pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.
Terdahulu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sebarang keputusan untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh terdekat adalah pendekatan yang tidak sesuai.
Dr Mahathir dipetik berkata, ia kerana terdapat kebimbangan dalam pelbagai pihak termasuk beliau sendiri sekiranya kes Covid-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU-15 diadakan.
Ketika ditanya mengenai cadangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas yang mencadangkan parti itu menggunakan logo sendiri pada PRU-15, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas masih menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU-15.
"Itu pandangan peribadi (dan) sehingga hari ini,
kita masih memakai simbol PN," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-segera-abdul-hadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu PAS perintah, blh turunkn harga minyak masak ke?....
Stesen bas pun mcm kandang lombu |
|
|
|
|
|
|
|
so korang nak KALAH DENGAN SEGERA? |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la tu.. tengah recession ni. Mampu ke selesai masaalah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|