CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 5

[Dunia] Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh jika kerja penggalian Israel berterusan

[Copy link]
Post time 25-6-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Masjid Al-Aqsa terletak di Baitulmuqaddis. - AFP

Masjid Al-Aqsa mungkin runtuh jika kerja penggalian Israel berterusan

BAITULMUQADDIS – Pegawai-pegawai  di Masjid Al-Aqsa menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap ekskavasi Israel yang menyebabkan struktur bangunan masjid retak selain berlaku kerosakan lain, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Islam dan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa, Azzam Al-Khatib memberi amaran bahawa Masjid Al-Aqsa berisiko runtuh sekiranya kerja penggalian Israel di tempat suci umat Islam itu berterusan dalam jangka masa panjang.

Rejim Israel melakukan ekskavasi di bawah tempat ketiga paling suci umat Islam itu sejak beberapa minggu lalu.

Aktiviti tersebut menyebabkan keretakan pada dinding dan batu marmar terlerai daripada i dinding serta siling.

“Terdapat kerja-kerja penggalian berbahaya dan tidak diketahui tujuannya sedang dilakukan oleh Rejim Israel.

“Saya minta polis Israel membenarkan jurutera dan juruteknik khusus daripada  jabatan kami untuk memeriksa keadaan bangunan yang terjejas,  namun permintaan kami tidak dipedulikan,” kata Azzam.

Katanya, aktiviti serupa pernah berlaku pada masa lalu tetapi kerja-kerja penggalian telah dipertingkatkan sejak beberapa minggu lalu.

“Kami bimbang mengenai terowong yang digali oleh pihak Israel boleh menyebabkan Masjid Al-Aqsa runtuh.

“Oleh sebab itu, kami memohon Mahkamah Diraja Jordan, Kementerian Wakaf Islam Jordan, duta Jordan, dan yang paling penting, kami merayu kepada pemerintah Jordan, Raja Abdullah selaku penjaga tapak suci untuk campur tangan dalam isu ini.

“Pihak pengurusan Awqaf Islam tidak mahu sebarang pergeseran berlaku tetapi kami amat mengambil berat mengenai apa sahaja yang boleh menjejaskan Al-Aqsa dan kestabilan di rantau ini.

Tambah Azzam, pihaknya telah memohon kebenaran daripada  polis Israel untuk melakukan kerja pembaikan pada  dinding  rosak tetapi tidak mendapat keizinan.

“Baik Wakaf, mahupun UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB), kedua-dua pihak tidak tahu apa yang berlaku sekarang.

“Kami diamanahkan menjaga Masjid Al-Aqsa dan kami akan melaksanakan tanggungjawab itu.

“Apa yang berlaku adalah perkara berbahaya yang membimbangkan dan menakutkan kita semua,” tambah Azzam. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -israel-berterusan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 03:49 PM | Show all posts
Astaghfirullah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 03:55 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 25-6-2022 04:04 PM

membongak je...

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berkesudahan dengan yang baik2 saja. Kita orang biasa hanya mampu berdoa dan berdukacita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 04:05 PM | Show all posts
orgsepang replied at 25-6-2022 04:02 PM
Semoga berkesudahan dengan yang baik2 saja. Kita orang biasa hanya mampu berdoa dan berdukacita.

as muslim, kita kena percaya dgn janji2 Allah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa satu hari dah hujung2 zaman bandar ni akan jatuh tangan muslim lah. Sebab tu Mahdi rilek jer kan langkah masuk sana. Dajjal pulak tengah attack negara2 islam lain. Tapi sekarang rasain loh, orang islam jadi kecut. Dah lah
bodoh campur kecut pulak tu. Nak iktiar pun tak tahu nak pakai step apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042337 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list