CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 5

[Politik] Potong gaji menteri tak membantu selesaikan kos sara hidup rakyat, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar

[Copy link]
Post time 25-6-2022 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Padang Terap: Saranan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz agar gaji menteri dipotong sebanyak 20 peratus tidak akan membantu menyelesaikan kos sara hidup rakyat, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sebaliknya, beliau berkata, ia memerlukan alternatif lain yang lebih efisien dan kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam menghadapi krisis peningkatan harga barang sejak akhir-akhir ini.

"Sekarang ini ada pelbagai usaha dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan dalam Kabinet khususnya bagi menteri yang terbabit secara langsung dengan ekonomi dan harga barang.

"Mereka ini duduk mesyuarat seminggu dua kali membincangkan hal berbangkit serta memberi jalan penyelesaian seperti diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam tidak diapungkan, sehingga kini pun kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tualak di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, Rafidah mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat Covid-19 dan krisis Russia-Ukraine.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/855518/potong-gaji-menteri-tak-membantu-selesaikan-kos-sara-hidup-rakyat-mahdzir


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kata tak membantu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Maunya nak potong..lagi nak sakau ada la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 10:06 PM | Show all posts
Belibis replied at 25-6-2022 09:56 PM
Maunya nak potong..lagi nak sakau ada la..

betul la tu. kalau gaji turun, elaun diam2 naik. memang tak membantu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x membantu.. Kurangkan separuh bilangan. Apa kata?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Forensic audit tersenyum simpol
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037882 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list