CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Tempatan] KKM keluar 335 notis kesalahan merokok

[Copy link]
Post time 26-6-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode
KKM keluar 335 notis kesalahan merokok


284 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan. FOTO NSTP


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 335 notis kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitkan kompaun berjumlah RM93,350.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu dikeluarkan menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan tembakau dan hasil tembakau ke atas 263 premis yang diperiksa di sekitar ibu negara, malam tadi.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 284 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan 28 notis dikeluarkan di bawah Peraturan 12(1)(b) terhadap pemilik atau penghuni premis yang gagal memastikan tiada kegiatan merokok di dalam premis.

"Selain itu, 14 notis kompaun sudah dikeluarkan terhadap tuan premis yang tidak mempamerkan papan tanda larangan merokok, manakala tujuh notis lain ialah membabitkan larangan merokok terhadap orang belum dewasa serta masing-masing satu notis kegagalan mempamerkan larangan jualan tembakau kepada bawah umur dan jualan tembakau tanpa amaran kesihatan bergambar," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Operasi bersepadu itu berlangsung kira-kira lima jam bermula 6 petang disertai 220 anggota daripada KKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Dr Norhayati berkata, dalam operasi berkenaan, sebanyak 20 karton rokok dan 156 peket rokok tidak bercukai dirampas kastam di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967, manakala KPDNHEP merampas sebanyak 147 peket rokok tiruan bagi kesalahan dagangan palsu di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

"Selain itu, DBKL juga turut mengeluarkan dua notis kompaun bagi kesalahan mengambil atau menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana berniaga tanpa lesen," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-kesalahan-merokok

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.205684 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list