CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 1

"Kubur Saya Banjir Air Kencing Jika Bubar UMNO,"-Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 28-6-2022 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jun 2018 menggesa beliau membubarkan parti itu.


Ketika membela diri dalam perbicaraan rasuahnya dengan melabelkannya sebagai penganiayaan bermotifkan politik, Zahid berkata dia telah bertemu secara tertutup dengan Dr Mahathir pada Jun 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Zahid bagaimanapun berkata pertemuan itu dimulakan oleh dua individu yang telah menyampaikan mesej kononnya Dr Mahathir mahu bertemunya, dan hanya selepas percubaan ketiga kedua-dua individu itu barulah dia bertemu dengan Dr Mahathir.


Foto: Harian Metro




“Pertemuan itu adalah pertemuan mata empat. Tun Mahathir kata kononnya sebab saya ajak jumpa, dia kata dia mahu jumpa sesiapa sahaja. Walaupun pada hakikatnya dua orang tu kata Tun Mahathir nak jumpa saya, maknanya dua orang itu berbohong kepada Tun Mahathir dan saya.


“Dalam pertemuan empat mata itu, Tun Mahathir berkata kepada saya bahawa UMNO tidak ada masa depan, UMNO sudah mati, UMNO sudah ditolak oleh orang Melayu dan pengundi… BN sudah berkubur.


“Kerana daripada 13 parti komponen kini tinggal empat dan dia jelas meminta saya melompat parti, meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu,” katanya merujuk kepada parti yang dipengerusikan Dr Mahathir ketika itu.


“Dia kata UMNO sudah tidak dipercayai, UMNO sudah tidak relevan, UMNO parti perompak, UMNO parti penyamun, UMNO parti perasuah, UMNO parti yang sudah menjijikkan dan kotor, kata-kata ini masih saya ingat hari ini.


“Bukan itu sahaja, katanya kerana UMNO tidak ada masa depan, sebagai orang yang menjalankan tugas presiden UMNO, dia meminta UMNO dibubarkan dan meminta saya memberitahu semua ahli UMNO menyertai Bersatu atas nama ‘Melayu’ dan dia kata lupakan UMNO kerana UMNO terlalu kotor. Itu yang dikatakan kepada saya,” katanya.


Zahid menjelaskan dia bagaimanapun menolak idea untuk menyertai Bersatu, sambil berkata dia tidak akan sekali-kali mahu membubarkan UMNO seperti yang diminta oleh Dr Mahathir ketika itu.


Zahid berkata dia telah memberitahu Dr Mahathir bahawa dia tidak mahu menyertai Bersatu dan enggan membubarkan UMNO, sambil menambah bahawa dia juga memberitahu bahawa dia tidak mahu UMNO berkubur tanpa batu nisan.


“Saya tidak rela UMNO yang dipercayai sejak 1946 berkubur begitu sahaja, saya kata saya tidak mahu. Kalau saya masuk Bersatu, kalau UMNO dibatalkan, kalau ditakdirkan esok saya mati, kubur saya akan banjir.


“Dia tanya kenapa banjir, saya kata 3.8 juta ahli UMNO semuanya akan datang ke kubur saya dan buang air kecil di kubur saya. Kerana itu saya tidak sanggup UMNO berkubur dan menyelamatkan diri dengan menyertai Bersatu,” katanya menurut laporan MalayMail.


Selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018, Datuk Seri Najib Razak pada 12 Mei mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.


Manakala Zahid, yang merupakan Timbalan Presiden UMNO, memangku tugas kedua-dua jawatan itu, sebelum menang jawatan Presiden pada pemilihan UMNO 30 Jun 2018 bagi tempoh 2018-2021.


Zahid pertama kali didakwa di mahkamah berhubung kes Yayasan Akalbudi pada Oktober 2018.


Pada 24 Januari lalu, dia diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjawab semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.


Hakim Sequerah memerintahkan Zahid, membela diri atas pertuduhan tersebut setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu.


Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Zahid, didakwa menggunakan dana YAB untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Bagi lapan tuduhan rasuah, dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.


Presiden UMNO itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018. -CARI


Sumber: Agenda Daily
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 1.165125 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list