CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 0

[Politik] 'Zahid kena tunjuk bukti disuruh bubar UMNO' - Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 30-6-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode
'Zahid kena tunjuk bukti disuruh bubar UMNO' - Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengemukakan bukti berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri itu meminta UMNO dibubarkan.

Beliau berkata, Zahid sering mengeluarkan berbagai dakwaan, tetapi tidak dapat memberikan sebarang bukti bagi mengukuhkan sebarang dakwaan yang dibuatnya.

"Apa bukti dia (Zahid) yang kata saya macam itu (meminta membubarkan UMNO)?

"Dia boleh cerita macam-macam, benda kita cakap kena tunjuk bukti, sepatutnya kita bercakap macam itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama pengusaha feri Langkawi di sini, malam tadi.

Selasa lalu, Zahid ketika prosiding bela diri di Mahkamah Tinggi mengeluarkan kenyataan mendakwa Dr Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana mendapati parti itu tiada masa depan dan tidak lagi boleh dipercayai.

Zahid berkata, pertemuannya bersama Dr Mahathir itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan bekas Perdana Menteri itu turut meminta semua ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ar-umno-dr-mahathir

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.116538 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list