CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 1

[Tempatan] Gelar polis bodoh: Mahkamah beri notis tunjuk sebab pada Lokman Adam

[Copy link]
Post time 30-6-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Gelar polis bodoh: Mahkamah beri notis tunjuk sebab pada Lokman Adam

https://www.malaysiakini.com/news/626640

Bernama
Diterbitkan:  Jun 30, 2022 3:29 PM⋅
Dikemaskini: 3:29 PM



Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dikenakan notis tunjuk sebab oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur setelah mengeluarkan kata-kata tidak wajar kepada seorang anggota polis mahkamah dan mempersoalkan sistem perundangan negara pada perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan insiden membabitkan Lokman dan memohon mahkamah mengenakan tindakan menghina terhadap ahli politik berusia 49 tahun itu.

“Saya dimaklumkan oleh anggota polis mahkamah, Lans Koperal Walter bahawa semasa prosiding, dia memeriksa seorang individu di galeri awam dan memintanya berhenti menggunakan telefon.

“Orang itu kemudiannya bertindak balas dan memanggilnya (polis mahkamah) bodoh. Orang itu telah dikenal pasti sebagai Lokman (Noor) Adam. Ia adalah kelakuan biadap bagi orang yang berada di mahkamah,” kata Raja Rozela.

Lokman yang dilihat berdiri di galeri awam berkata: “Saya hanya cakap kenapa ambil nota guna laptop boleh, pakai handphone tidak boleh. Saya tunjuk nota (yang saya ambil di telefon bimbit) saya kepada dia (polis mahkamah) tadi.

Lokman kemudian menjelaskan, “Saya bukan cakap bodoh kepada polis, saya hanya cakap undang-undang ini ‘bodoh’. Ini tidak adil".

Menjawab perkara ini, Raja Rozela berkata bukan sahaja Lokman telah mengeluarkan kata-kata tidak wajar kepada penjawat awam malah beliau terus bercakap di mahkamah dengan mengatakan keseluruhan sistem adalah tidak adil.

“Tindakan segera perlu diambil, mengikut kata-katanya sebentar tadi. Menyatakan undang-undang bodoh di mahkamah. Saya mohon agar dia segera diberi notis itu bagi mengelak daripada terlepas,” kata Raja Rozela.

Susulan permohonan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata mahkamah mengeluarkan tunjuk sebab kepada Lokman dan bertanya sama ada beliau mahu melantik peguam, dan Lokman menjawab 'Ya'.

Peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal mencelah dan mencadangkan agar Lokman diberi peluang melantik peguam dan hadir ke mahkamah minggu depan.

Hakim kemudian menetapkan 4 Julai untuk Lokman hadir ke mahkamah bersama peguamnya untuk menyatakan sebab mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram bekas timbalan perdana menteri itu bersambung petang ini.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tisunya hati polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.325283 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list