CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 1

[Tempatan] Amanah kesal ‘flashmob’ harga barang naik digagalkan

[Copy link]
Post time 3-7-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila ‘flashmob’ membantah kenaikan harga barang secara aman parti itu di lampu isyarat Ladang Tok Pelam pada Sabtu tidak dapat berlangsung dengan baik.


Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa, pihak keselamatan telah diarahkan pihak berkuasa atasan untuk mengagalkan program ‘flashmob’ yang seperti biasa dilakukan sebelum ini dengan menutup jalan berkenaan.

“Polis pada asalnya memberi kami 15 minit untuk 'flashmob' , bagaimanapun sebelum kami boleh memulakan acara, empat jalan menuju ke persimpangan tersebut telah ditutup dan kereta orang ramai dihalang melalui tapak flashmob kami.


“Kerajaan hari ini menjadi sangat pengecut sehingga takut suara kumpulan 15 orang yang terdiri lapan orang wanita didengari rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Pas sendiri sebelum ini pernah membuat 'flashmob' di jalanraya depan Stadium Kuala Terengganu untuk membantah kenaikan harga barang namun jalan raya tidak ditutup pihak berkuasa.

“Kenapa apabila kami ingin berbuat yang sama, empat jalan utama ditutup?

“Oleh kerana kelemahan dan ketidakprihatinan kerajaan sendiri, kini mereka sangat takut akan bayang bayang sendiri serta kemarahan rakyat,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2022 04:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053045 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list