CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 8

[Tempatan] Menteri Level Cap Ayam | Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Timbalan Presiden PAS

[Copy link]
Post time 4-7-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai mengalami gangguan psikologi.

Ini gara-gara kenyataannya yang mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Mohd Amar menempelak kenyataan Nur Jazlan itu yang melabel menteri dari Pas sebagai 'cap ayam'.

"Saya rasa Nur Jazlan ini ada masalah, ada masalah psikologi, sebab menteri kita ada tiga orang sahaja. Kenapa difokuskan kepada menteri Pas?

"Dan menteri Pas pegang jawatan macam alam sekitar, air, bukan benda besar dalam kerajaan. Dia (UMNO) ada lebih besar lagi, macam ekonomi, perdagangan, itu yang jadi fokus.

"Kemudian dia kata 'cap ayam', ukuran apa yang dia pakai? Kalau kita kata, dia tanding pilihan raya pun tak menang, itu cap apa?
"Dia kalah pilihan raya, cap apa itu? Lebih daripada ayam lagi," katanya.

Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan walaupun kali pertama berada dalam Kerajaan Persekutuan.

BACA: Didakwa menteri 'cap ayam', Tuan Ibrahim jawab kritikan Nur Jazlan

Beliau memberi contoh Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berlatarbelakangkan agama namun dilantik mengepalai kementerian yang lain dari bidang pengajianya.

Bagaimanapun, katanya, Tuan Ibrahim berjaya membuktikan keupayaan dan menunjukkan rekod cemerlang sepanjang menjadi menteri tersebut.

Astro Awani






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 11:00 AM | Show all posts
Jazlan ni dalam kekecewaan, org kecewa gini la perangai dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:02 AM | Show all posts
Dia jeles la tu menteri pas keje goyang kaki pun gaji dekat 90k sebulan..

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:49 AM | Show all posts
Membazir je otak tahap ...entahlah tak nampak apa keperluan ada timbalan menteri 1 dan 2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:20 PM | Show all posts
yang menunggang agama masaalah gangguan apa pulak??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:55 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 4-7-2022 12:20 PM
yang menunggang agama masaalah gangguan apa pulak??

tu bukan gangguan, itu bodoh bebal sejak azali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
No BN..... No PAS PIS PUS.....No Anwart
Sapa2 yg berkarisma yg rasa2 bolih memimpin negara,  bolih berkomunikasi dengan logik with facts and figures.......you will get my vote. The three stooges kat atas tu memang melingkupkan negara je.

P/s At least ada karisme Jokowi pun cukuplah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok KFC tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Din Pagoh yng masih setia menunggu untuk jumpa PM, tersenyum kelat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.081999 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list