View: 777|Reply: 1
|
[Tempatan]
Dua pemuda 20-an jadi rakan kongsi bisnes Sultan Johor
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 5-7-2022 06:14 AM
Dua pemuda 20-an jadi rakan kongsi bisnes Sultan Johor
https://www.malaysiakini.com/news/627169
Nigel Aw
Diterbitkan: Jul 5, 2022 11:21 AM⋅
Dikemaskini: 12:29 PM
Maharani Energy Gateway, sebuah projek penambakan kawasan yang luas di luar pantai Muar untuk dijadikan hab minyak dan gas, disokong oleh individu yang mempunyai hubungan baik - khususnya dengan Istana Johor.
Pada Mac lalu Malaysiakini melaporkan bahawa projek itu adalah 55 peratus milik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Daing A Malek Daing A Rahaman, yang merupakan penasihat kepada sultan.
Turut menarik perhatian, rakan kongsi perniagaan mereka, K Energy Sdn Bhd (K Energy), memegang baki 45 peratus kepentingan dalam projek itu.
Firma itu dimiliki sepenuhnya oleh dua individu, Eric Ong Zong Ren, 28; dan Valerie Ong Huei Zhen, 29; yang masing-masing mempunyai 50 peratus kepentingan dalam K Energy.
Ini menimbulkan persoalan bagaimana dua individu yang muda itu mempunyai pengaruh sedemikian untuk menjalinkan perniagaan dengan sultan dan melibatkan diri mereka dalam projek penambakan besar-besaran yang ditetapkan bersamaan dengan satu perempat Putrajaya.
Jawapannya terletak pada alamat perniagaan berdaftar K Energy di Johor Bahru.
Semakan Malaysiakini mendapati beberapa perniagaan lain didaftarkan di alamat yang sama.
Semakan terhadap perniagaan tersebut mendapati ada sebuah nama berulang dari segi pemilikan, iaitu seorang doktor berusia 69 tahun yang bertukar menjadi ahli perniagaan Dr Ong Tun Tse.
Semakan latar belakang Malaysiakini mendedahkan bahawa Zong Ren, Huei Zhen dan Tun Tse mempunyai alamat kediaman berdaftar yang sama, menunjukkan bahawa ketiga-tiga Ong terbabit adalah berkaitan.
Penglibatan Tun Tse dalam kerja-kerja penambakan laut sememangnya terkenal, khususnya dalam projek Melaka Gateway.
Tun Tse memegang 39.75 peratus kepentingan dalam KAJ Development Sdn Bhd, firma yang ditugaskan untuk pembangunan Melaka Gateway.
Baki 60 peratus lagi dipegang oleh Siow Yoke Foong, yang berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif, manakala baki 0.25 peratus dipegang oleh M Yahya A Hamid.
Kisah projek Melaka Gateway adalah sama seperti projek Maharani Energy Gateway iaitu penciptaan pulau buatan manusia dengan janji visi yang besar.
Dilancarkan oleh Najib Razak ketika menjadi perdana menteri pada 2014, projek 246.45 hektar dan bernilai RM43 bilion itu bertujuan membina tiga pulau buatan yang menempatkan, antaranya, pelabuhan laut dalam, terminal kontena dan kapal, tempat pembinaan dan pembaikan kapal, taman industri marin, hotel dan kondominuim.
KAJ Development dilihat berpengaruh untuk menarik pelaburan cari China.
Pada November 2015, Menteri Pengangkutan China Yang Chuantang melawat tapak Melaka Gateway dan memujinya sebagai tanda sokongan Malaysia untuk Inisiatif Jalur dan Laluan oleh Beijing.
Sebulan selepas itu, Perdana Menteri China Li Keqiang juga diberi taklimat berkaitan projek itu semasa lawatanya.
Pada September 2016, KAJ Development menandatangani perjanjian persefahaman dengan Powerchina International Group Limited, anak syarikat Power Construction Corporation of China untuk melaksanakan pembangunan bersama Melaka Gateway.
Power Construction Corporation of China merupakan syarikat milik kerajaan China.
Bagaimanapun, bermula 2017 keadaan tidak seperti diharapkan.
Projek itu tidak dapat bermula ketika pentadbiran ketua menteri Melaka ketika itu Idris Haron. Setahun selepas itu, projek itu disemak semula ketika pendadbiran penggantinya Adly Zahari.
Bawah pentadbiran Sulaiman Md Ali pada 2020 pula, projek itu dibatalkan selepas KAJ Development gagal menyelesaikan kerja-kerja menambak laut tepat pada masanya.
KAJ Development menyaman kerajaan Melaka tetapi tidak berjaya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|