CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 584|Reply: 7

[Dunia] Isteri simbah air panas kerana suami mimpi wanita lain

[Copy link]
Post time 5-7-2022 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Isteri simbah air panas kerana suami mimpi wanita lain

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -mimpi-wanita-lain/

Oleh KOSMO!
5 Julai 2022, 5:19 pm


Isteri mangsa yang berang bertindak mengambil air panas lantas menyimbah ke arah alat sulit suaminya. – Unsplash

LA PAZ, BOLIVIA – Polis Bolivia menahan seorang wanita kerana menyimbah air panas pada alat sulit suaminya disebabkan lelaki itu bermimpikan wanita lain semasa  tidur, lapor laman Oddity Central semalam.

Dalam kejadian ‘ngeri’ itu pada minggu lepas, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan sedang tidur apabila secara tiba-tiba menyatakan rasa cinta terhadap seorang wanita lain dalam keadaan mengigau.

Berang dengan situasi itu, isteri mangsa pergi ke dapur lalu mengambil air panas, lantas menyimbahkan pada alat sulit suaminya.

Menurut sumber polis, mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur tahap dua pada alat sulit, lengan dan bahagian belakang badannya.

Laporan sama bagaimanapun tidak menyebut sama ada mangsa sendiri yang melaporkan kejadian itu kepada polis atau jeritannya telah mengejutkan jiran-jiran.

Menurut laman berita TN International, pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan kes itu. – AGENSI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 05:40 PM | Show all posts
Tu baru mengigau…klu betul2 mau kena potong terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2022 05:42 PM | Show all posts
Acik2 porum ramai basah bermimpikan Awang Patah Amin ....laki orang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru mimpi belum betul2 lagisilap2 kena jerang dek ayerr paness
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:09 PM | Show all posts
bkn mimpi bapok PKNS pun

nape marah sngt??

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya wei.. mental ka hapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 08:27 PM | Show all posts
biar tidur berdengkur
jgn tidur mengingau
nanti semua nama2 keluar

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:01 PM | Show all posts
Kuat cemburu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.134876 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list