CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 4

[Politik] Sarawak ketandusan pembangkang hebat!

[Copy link]
Post time 5-7-2022 10:06 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Ketiadaan figura hebat dalam blok pembangkang di Sarawak menjadikan situasi politik di negeri ini mudah didominasi oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Demikian pandangan penganalisis politik Profesor Dr Arnold Puyok mengenai kemungkinan pertembungan parti-parti pembangkang di sesuatu kawasan yang bakal memecahkan undi.

Jelas Arnold pembangkang berdepan risiko kehilangan kerusi Dewan Rakyat jika tiada kata sepakat dicapai menjelang Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) akan datang.

"Kita juga tidak dapat melihat satu figura pemimpin yang boleh menyatu padukan parti pembangkang yang ada di Sarawak dan ini satu kekurangan yang ada pada pihak pembangkang.

"Namun jika pembangkang setuju untuk bersatu dan memilih seorang pemimpin yang mampu diangkat sebagai seorang pemimpin yang menggabungkan parti pembangkang di Sarawak maka saya yakin mereka boleh memberikan saingan kepada GPS," kata Arnold.

Tambahnya lagi, kemenangan besar GPS pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk meningkatkan undi popular sekaligus merebut kerusi pembangkang.

Untuk rekod, blok pembangkang kini menguasai 13 daripada 31 kerusi parlimen Sarawak.

Ia melibatkan tujuh wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), dua dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dua bebas, satu Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan satu Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam perkembangan berkaitan, Arnold berharap pemimpin politik negara untuk tidak membuang masa bertegang leher dalam menentukan waktu yang paling wajar PRU ke-15 boleh diadakan.

Ujarnya apa yang penting adalah untuk meletakkan sebuah prinsip asas antara parti kerajaan dan pembangkang agar tarikh pilihan raya dapat ditentukan secara damai tanpa memberi kesan kepada rakyat.

Tambah Arnold prinsip tersebut perlu dipastikan konsisten dan selaras dengan usaha untuk mengembalikan kestabilan politik ketika rakyat sedang berdepan krisis ekonomi.

"Negara perlu mengambil kira dari segi keperluan mengembalikan ekonomi dengan memastikan negara berada pada landasan yang betul dan memastikan kita sudah bersedia dari segi memberikan pendidikan dan persediaan yang cukup kepada pengundi baharu sebelum diadakan pilihan raya umum", jelas Arnold.

Tempoh penggal Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama persidangan parlimen ke-14 iaitu pada 16 Julai 2018.

Bagaimanapun ia boleh dibubarkan lebih awal oleh Perdana Menteri dan PRU perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pembangkang-sarawak-tiada-tokoh-hebat-yang-mampu-ancam-gps-arnold-puyok-369728




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 5-7-2022 10:14 PM

kamek kitak kamek kitak, kamek nyambut madah tuan hulurkan, kitak nyambut madah kamek hulurkan, ini semua salah awak!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dap pun terlalu fokus kat cina. Dah mcm MCA
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:30 PM | Show all posts
alhamdulillah

sarawak tolak parti semenanjung DAP

mesti sbb DAP tak cebok berak bersih

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Cai kluster makamah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.085783 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list