CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 2

[Tempatan] Subsidi minyak negara dinikmati negara jiran KPDNHEP akan bertindak

[Copy link]
Post time 5-7-2022 10:11 PM | Show all posts |Read mode
BACHOK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata satu perbincangan mengenai isu itu telah diadakan antara pihaknya dengan agensi terlibat baru-baru ini sebagai salah satu usaha berterusan mengatasi masalah itu.

"Adalah tidak adil apabila subsidi yang dikeluarkan Malaysia diseleweng dan dinikmati rakyat negara lain.

"Untuk minyak subsidi kita ada 22 pengilang, 305 pembungkus berlesen, 4,151 syarikat pemborong dan lebih 30,000 peruncit, jadi, setiap peringkat ini ada peluang yang mendorong kepada ketirisan dan sebab itu, kita akan buat pemeriksaan di semua peringkat bagi mengesan perbuatan itu," katanya pada sidang media selepas melawat kilang pembungkusan minyak di Beris Kubor Besar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata permintaan tinggi dan perbezaan harga yang ketara merupakan antara penyumbang utama berlakunya ketirisan minyak masak subsidi ke negara jiran seperti Thailand.

"Selain kawalan sempadan, kita turut beri tumpuan supaya minyak subsidi tidak diberi kepada pihak tidak sepatutnya seperti industri besar kerana pihak terbabit mengambil kesempatan mengaut untung berlebihan dengan menyeludup bahan itu ke negara jiran," katanya.

Beliau berkata pihak yang terbabit dengan ketirisan minyak bersubsidi itu akan digantung lesen dan kuota selain disiasat mengikut mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.
-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 12:08 AM | Show all posts
susah sangat minyak subsidi jangan jual di kelantan.
biar lahabau ni semua seludup dari terengganu.
baru dia talak untong

sama dgn petrol kat johor,
haram kan kereta plate singapore isi petrol kat JB.
nak isi kena luar JB. baru kiasu tak boleh isi padat bawak balik tiap minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr kata dh berpuluh tahun golok dpt minyak subsidi. So, penguatkuasa mkn gaji bute ke? Bdw ada penguakuasa yg dh bersara sbb punya lama kerja......siap gomen byr pencen lg......acaner tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.079360 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list