CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 7

[Dunia] Covid-19: Rakyat Britain dinasihatkan pakai semula pelitup muka

[Copy link]
Post time 5-7-2022 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Covid-19: Rakyat Britain dinasihatkan pakai semula pelitup muka

RAKYAT Britain dinasihatkan pakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak. - AFP


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 5 Julai 2022, 11:00 am


LONDON: Rakyat Britain digesa memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak dan tempat tertutup di tengah-tengah kebimbangan kes kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital akan mencecah rekod paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan.

Lapor Mirror, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK), Dr. Jenny Harris memberi amaran gelombang semasa jangkitan Covid-19 masih belum memuncak.

Malah, katanya, bilangan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital `kemungkinan besar’ akan meningkat lebih tinggi berbanding gelombang terakhir pada musim bunga ini.

Semasa kemuncak gelombang Omicron BA.2, bilangan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di UK meningkat lebih 20,000 kes pada awal April.

Pada masa itu, ia adalah jumlah tertinggi pesakit Covid-19 di hospital UK sejak Februari tahun lalu, dengan kes kemasukan ke wad mencecah lebih 2,500 sehari.

Bilangan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital menurun antara April dan Jun namun ia kini meningkat semula, ketika Harris memberi amaran varian BA.4 dan BA.5 Omicron sedang mencetuskan gelombang baharu.

“Nampaknya, gelombang itu belum lagi selesai. Jadi, kami menjangkakan kes kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital akan meningkat dan kemungkinan besar ia akan memuncak berbanding gelombang BA.2 sebelum ini (Mac 2022).

“Impak keseluruhannya belum dapat dipastikan lagi.
“Saya rasa nasihatnya masih sama, kami mahu orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya,” katanya dalam rancangan Sunday Morning di saluran BBC.
Selain itu, Harris juga memaklumkan dia memakai pelitup muka dengan lebih kerap disebabkan risiko yang tinggi.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 07:15 AM | Show all posts
Pakai je lh selagi covid ni ada...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:53 AM | Show all posts
Shazid replied at 6-7-2022 07:15 AM
Pakai je lh selagi covid ni ada...

Betul.. Kat Malaysia pun sama juga, sementara C19 masih ada..

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas akak pakai dekkkk….. setakat kau nak takut2 kan akak dengan demam biasa ni sis. “Eleeehhhhhhhhhhh ingat haku heran sis?”, antibody akak berbicara sis!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:56 AM | Show all posts
saya tak percaya sangat pelitup muka ini...ia berfungsi menghalang dari merebak keluar dari mulut pesakit tapi tidak menghalang dari masuk kepada org lain walaupun pakai mask..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:06 AM | Show all posts
rimas juga pakai mask ni sampai bilakah agaknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah daya mask bercop sirim kuhnunnya tu sister? Setakat buat jadi tisu tandas bolehlah dekkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:40 AM | Show all posts
betul, topeng adalah penting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.045272 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list