CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 842|Reply: 3

[Tempatan] Seleweng minyak masak peket ke negara jiran, lesen 15 syarikat ditarik

[Copy link]
Post time 6-7-2022 02:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-7-2022 10:12 AM

Seleweng minyak masak peket ke negara jiran, lesen 15 syarikat ditarik
FMT Reporters -

July 5, 2022 11:30 PM





Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata pihaknya sedang menyiasat dua lagi syarikat pembungkusan di Selangor dan Perak kerana dikesan melakukan penyeludupan minyak peket.

PETALING JAYA: Sebanyak 15 syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi dikenakan tindakan termasuk ditarik lesen kerana menyeleweng bekalan minyak peket ke negara jiran, sejak tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid, berkata susulan itu kuota penghasilan minyak masak peket diberi kepada semua syarikat terbabit, dipindahkan ke syarikat lain.

“Semua syarikat ini akan diheret ke mahkamah untuk pertuduhan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.

“Bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Katanya, penarikan lesen itu bukan bermakna penghasilan minyak masak peket berkurangan.
“Pengeluaran tetap 60,000kg sebulan dilakukan melalui pemindahan kuota kepada syarikat lain,” katanya.

Katanya, pihak kementerian turut menyiasat dua lagi syarikat pembungkusan di Selangor dan Perak yang dikesan melakukan penyeludupan minyak peket ke negara jiran.

Katanya, belum ada tangkapan dibuat setakat ini, namun siasatan sudah dimulakan dan lazimnya mengambil masa hampir tiga bulan.

“Tidak sepatutnya berlaku subsidi yang diberikan kerajaan untuk manfaat rakyat, namun dinikmati oleh warga asing.
“Atas sebab itu kita melakukan pemeriksaan secara agresif sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh empat hari bulan ini, sebanyak 22 aduan berkaitan minyak masak dan 25 aduan berkaitan ayam diterima pihak kementerian.

Bagi memastikan setiap aduan daripada pengguna dapat diuruskan dengan lebih berkesan, katanya, pihaknya mengaktifkan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) yang beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 8 malam.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/05/seleweng-minyak-masak-peket-ke-negara-jiran-lesen-15-syarikat-ditarik-kata-timbalan-menteri/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 05:47 AM | Show all posts
hahaahaha sembang babi bleh terbang...tunjuk lh bukti 15 syarikat tu...takat main petik ja...yelah keje senangkan......
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:42 AM | Show all posts
memang betullah pembekal tu yg bawak keluar minyak kalu tak takan minyak tu masuk sdri.dah tentu mereka merasuah pintu keluar masuk. lepas tu diorg ni jgak yg meyalak pasal rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:10 AM | Show all posts
xtau nk kata apa dahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059199 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list