View: 506|Reply: 0
|
[Dunia]
Pesawat mendarat cemas di Karachi
[Copy link]
|
|
Pesawat mendarat cemas di Karachi
PESAWAT komersial SpiceJet. FOTO fail AFP
Karachi: Pesawat Boeing Co 737 Max kendalian SpiceJet Ltd melakukan pendaratan cemas selepas lampu indikator gagal berfungsi menurut jurucakap syarikat penerbangan tambang murah India itu.
Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari New Delhi menuju Dubai, mendarat selamat selepas diarah mengubah laluan ke sebuah bandar di Pakistan.
Pesawat lain digantikan untuk mengambil penumpang, kata jurucakap syarikat.
Boeing Max digantung perkhidmatannya di seluruh dunia pada Mac 2019 susulan nahas di Indonesia dan Habsyah yang mengorbankan penumpang serta anak kapal.
Sistem Pengukuhan Pendakian pesawat itu menjadi punca dalam kedua-dua nahas itu menyebabkan syarikat pengeluar membuat pembaikan bagi membolehkan pesawat terlarisnya dibenarkan untuk terbang semula.
India yang menjadi antara pengguna utama pesawat model itu menarik semula sekatan bermula Ogos tahun lalu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... at-cemas-di-karachi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|