CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 8

[Dunia] Siput Tanah Afrika Gergasi ‘serang’ bandar di Florida

[Copy link]
Post time 6-7-2022 01:59 PM | Show all posts |Read mode

Siput ini berasal dari Afrika tetapi telah ditemui di kawasan di Florida - Getty Images

Siput Tanah Afrika Gergasi ‘serang’ bandar di Florida

TALLAHASSEE, Florida – Kemunculan siput pembunuh yang memiliki saiz seekor tikus menimbulkan kebimbangkan kepada penduduk di sebuah bandar di Florida, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Spesies berasal dari Benua Afrika itu ditemui di sebuah kawasan di Florida, manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahaya kepada penduduk setempat. Ini kerana haiwan dikenali sebagai  Siput Tanah Gergsai Afrika itu merupakan pembawa cacing peparu. Parasit itu menyebabkan jangkitan meningitis yang mengancam nyawa manusia.

Pada 23 Jun lalu, Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna Florida (FDACS) me­ngumumkan bahawa spesies itu dikesan di kawasan bandar New Port Richey, Daerah Pasco.

Susulan penemuan itu, penduduk New Port Richey diarah untuk  menjalani prosedur kuarantin pada hari berikutnya.

Selain itu, penduduk dilarang daripada memindahkan tumbuhan, tanah, serpihan, sisa halaman, kompos dan bahan binaan yang terletak di luar zon ditetapkan.

“Siput Tanah Gergasi Afrika adalah salah satu siput yang paling banyak menyebabkan kemusnahan di dunia dan menyerang sekurang-kurangnya 500 jenis tumbuhan berbeza,” kata FDACS.

Spesies siput itu mendatangkan  kesan dahsyat ke atas sektor pertanian tempatan. Ia  menyebabkan kerosakan teruk kepada persekitaran tropika dan subtropika.

Spesies Siput Tanah Gergasi Afrika pertama kali ditemui di Florida pada 2011 dengan pihak berkuasa terpaksa membelanjakan AS$10.8 juta (RM47 juta) untuk menghapuskannya.

Siput itu  cepat membiak,  boleh menghasilkan kira-kira 1,200 telur setahun,  hidup sehingga usia sembilan tahun dan mencapai panjang 20 senti­meter.  – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -bandar-di-florida/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 12:02 AM | Show all posts
terpaksa membelanjakan AS$10.8 juta (RM47 juta) untuk menghapuskannya


open tender kt mesia weh.........
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bangla,indon,nepal,myanmar dll...apa tunggu lg???
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 08:55 AM | Show all posts
kalo akak dok kat sana, harus standby berguni2 garam. kemudian tabur byk2 sekeliling rumah ala2 makcik villa nabila.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 7-7-2022 08:55 AM
kalo akak dok kat sana, harus standby berguni2 garam. kemudian tabur byk2 sekeliling rumah ala2 makc ...

i pernah buat. Garam matikan semua pokok2 yg susah payah beli tanam

fyi. siput sebesar lebih ni & rupa pun lebih kurang ni ada je kat area rumah i
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 09:14 AM | Show all posts
siput ni pun hamba bangsa etis kulit puih jugak ke??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 09:14 AM | Show all posts
kepompong replied at 7-7-2022 08:59 AM
i pernah buat. Garam matikan semua pokok2 yg susah payah beli tanam

fyi. siput sebesar lebi ...

alamak, siput2 tu mati tak? RIP utk pokok2 tanaman uols.

siput ni org afrika buat lauk katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 7-7-2022 09:14 AM
alamak, siput2 tu mati tak? RIP utk pokok2 tanaman uols.

siput ni org afrika buat lauk katanya.  ...

mati if n only if dia mai situ lalu kat garam Dorang TAK LALU PUN. Sejak dari insiden pokok2 mati, i pick up the snails manually. - angkat rumah dia campak kat tempat lain & pijak. Dulu2 kutip utk buat baja, lama2 baru perasan, as soon as dorang kena pijak, terus keluar telur2 … means kalau keadaan mendesak, dorang akan pastikan ada offspring utk terus survive (ni teori i sendiri) sbb nampak lipas pun centu. dah mati ketuk kepala pun sempat lagi dia bertelur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 09:44 PM | Show all posts
kepompong replied at 7-7-2022 09:20 AM
mati if n only if dia mai situ lalu kat garam Dorang TAK LALU PUN. Sejak dari insiden pokok ...

eewww... kembang tekak ai membayangkannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058236 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list