CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1031|Reply: 14

Rogol Anak Kandung- Bapa Dipenjara 50 Tahun, 8 Sebatan

[Copy link]
Post time 6-7-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas empat pertuduhan iaitu merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung pada Oktober 2021 dan Januari tahun ini.


Hukuman itu diputuskan Hakim Mohd Sabri Ismail selepas menerima pengakuan salah tertuduh dan mensabitkannya dengan semua pertuduhan selain menimbangkan fakta kes, keterangan impak mangsa, rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan.


Beliau menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan rogol dan penjara 10 tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan amang seksual fizikal.




Foto: Harian Metro




Hukuman penjara bagi kesalahan rogol berjalan berasingan manakala untuk amang seksual bermula serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Mac lalu.


"Tertuduh juga diperintah menjalani kaunseling pemulihan ketika menjalani hukuman dalam penjara," katanya.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja mengait kelapa sawit didakwa merogol anak perempuannya berusia 15 tahun lima bulan yang mana hubungan itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di kebun kelapa sawit di Jasin pada 20 Januari lalu, kira-kira 9 malam.


Kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.


Pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama iaitu melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa bagi tujuan seksual pada masa, tarikh dan tempat sama.


Jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi kesalahan Seksyen 14 (a) AKSTKK 2017, manakala Seksyen 16 (1) akta sama, membawa hukuman maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.


Bagi dua lagi pertuduhan dia yang tidak diwakili peguam didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya itu di sebuah rumah pada 18 Oktober 2021, kira-kira jam 8.30 pagi.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim menghujahkan supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan juga keadilan kepada mangsa.


"erbuatan tertuduh merogol anak kandungnya amat terkutuk dan berdasarkan keterangan impak mangsa jelas menunjukkan kesan besar terhadapnya.


"Sebab itu, pendakwaan menghujahkan hukuman berat berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh sebagai mesej mahkamah memandang serius kesalahan sebegini," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 05:23 PM | Show all posts

ASTAGHFIRULLAH AL 3AZEEM

betapa sial terkutuknya perbuatan seorang wali


NERAKA KIRIM SALAM
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 06:03 PM | Show all posts
Berapa umur binatang ni..patut sebat ni buat kat khalayak ramai bagi tengok nak2 lagi kat negeri sinun
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak kes yg melibatkan ahli keluarga kita sula je sampai mati  sebab setakat 8 sebatan & 50 tahun mereput ni membazirkan duit rakyat. Xpon sehari 1 sebatan selama 50 tahun . Baru la puas
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm..melaka pun taknak kalah dengan kelantan..berlumba2 dengan kes bunuh dan rogol.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 08:01 PM | Show all posts
malaccum inside mendonia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 6-7-2022 07:27 PM
Boleh tak kes yg melibatkan ahli keluarga kita sula je sampai mati  sebab setakat 8 sebatan & 50 tah ...

Amiiinnnn... Bapak babi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 11:06 PM | Show all posts
bangsa etis
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke 50 tahun..
10 dgn 15 tahun tu dia jlnkan waktu sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
jadi bapak,bapak tak guna.. ko bg makan minum pakai anak kau sampai 15 tahun ujung2 kau pergi rogol, tak gunaaaaa.. baik kau bunuh je anak kau masa kecik dulu, kesian trauma anak kau tu.. musibat betul, semoga kau dijadikan kenduri sepanjang duduk dalam penjara.. jadi gila & mampos..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak dia  kena rogol 1st di kebun kelapa sawit waktu malam pulak tu  mana emak budak nie eh? Tak de perincian camna boleh tertangkap

Patut disebat di khalayak ramai cam di timur tengah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:11 AM | Show all posts
seronok 5 minit
penjara 50 tahun + punggung hancur
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perogol bapak sendiri yg diberi kaunseling?? Stupidnye!! Anak tu yg patut diberi free kaunseling seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01: Perogol bapak sendiri yg diber ...
manjalara_01: Perogol bapak sendiri yg diber ...


Plus elaun bulanan RM5000 sbb bapak sendiri x bleh tanggung anak ni, sape lg yg bleh diharap??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.494588 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list