View: 1307|Reply: 8
|
Ibu Bapa Saman TikTok Selepas 2 Kanak-kanak Maut Angkara Blackout Challenge
[Copy link]
|
|
Gara-gara terpengaruh dengan Blackout Challenge, dua kanak-kanak meninggal dunia.
Ekoran insiden itu, aplikasi popular TikTok menerima saman daripada ibu bapa yang diwakili Pusat Undang-Undang Mangsa Media Sosial.
Ia berikutan TikTok memiliki algorithm berbahaya seperti boleh menularkan trend Blackout Challenge dan ditiru jutaan pengguna aplikasi berkenaan oleh pelbagai peringkat usia.
Hasil daripada sifat algorithm berkenaan, dua kanak-kanak iaitu Lalani Erika Walton, 8, dan Arriani Jalleen Arroyo, 9, dipercayai mencekik diri masing-masing sehingga tidak sedarkan diri.
Gambar hiasan
Akibat perbuatan itu, mangsa ditemui meninggal dunia pada 2001. Iba bapa mangsa yakin trend Blackout Challenge adalah penyebabnya dan TikTok seharusnya bertanggungjawab.
TikTok merupakan sebuah aplikasi milik syarikat induk ByteDance berpusat di China dan memiliki fungsi ‘untuk paparan anda’ (FYP) bagi setiap kandungan yang menjadi trend.
Biarpun telah berbilion dolar dibelanjakan, aplikasi ini dilabelkan memiliki banyak perkara berbahaya yang terselindung kepada kanak-kanak serta remaja selain boleh mengganggu kesihatan mental pengguna.
Sehubungan itu, TikTok telah dihadapkan ke muka pengadilan di Los Angeles County, Amerika Syarikat, Jumaat lalu bagi sesi perbicaraan mengenai dakwaan yang dibuat oleh ibu bapa mangsa.
Terdahulu, tragedi sama turut menimpa kepada seorang gadis bernama Nyla Anderson dari Philadelphia yang juga ditemui meninggal dunia akibat terpengaruh dengan trend Blackout Challenge berkenaan.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
2001, TikTok dah wujud??? |
|
|
|
|
|
|
|
2001?
Budak2 tu belum lahir kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
silap tu, 2001 ada mirc32 je |
|
|
|
|
|
|
|
asl pls
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabenda ni sampai cekik diri sendiri nih
Menakutkannya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Akibat mudah terikut dengan trend.. Bahaya budak-budak guna social media tanpa pengawasan ibubapa / orang dewasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Blekout celen ni amender? Ni mcm celen paus biru tu ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|