CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1135|Reply: 19

[Tempatan] Rakyat Perlis sanggup ke Kedah tonton Mat Kilau

[Copy link]
Post time 7-7-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Perlis sanggup ke Kedah tonton Mat Kilau

https://www.utusan.com.my/berita ... h-tonton-mat-kilau/

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
7 Julai 2022, 7:56 am



KANGAR: Bukan sahaja Kelantan, malah penduduk Perlis juga terpaksa bertandang ke Kedah untuk menonton filem Mat Kilau berikutan negeri itu juga tidak mempunyai pawagam.

Bagaimanapun, penduduk negeri ini beruntung kerana jarak untuk ke pawagam di Alor Setar, Kedah itu tidak begitu jauh hanya memerlukan perjalanan sekitar sejam sahaja.

Perlis sebelum ini pernah mempunyai beberapa pawagam seperti Capitol, Mahkota, Empire dan Cathay, namun ditutup sekitar awal tahun 2000.

Seorang pekerja swasta, Siti Nadia Omar, 35, berkata, dia terpaksa ke Alor Setar atau Jitra yang mengambil masa kira-kira sejam dari Kangar dengan berkereta jika mahu menonton wayang.


SITI NADIA OMAR

Katanya, ketiadaan pawagam di negeri ini menyebabkan penduduk mengeluarkan kos untuk perjalanan ke negeri jiran dan lebih menyusahkan lagi bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

“Jika yang tidak ada kenderaan sendiri, mereka perlu naik bas yang pastinya memakan masa perjalanan yang lebih panjang berbanding memandu sendiri.

“Panggung wayang sepatutnya perlu ada di negeri ini sebagai tempat mengisi masa lapang. Saya berharap akan ada pihak yang melabur untuk membina pawagam dan saya pasti ramai yang akan mengunjunginya.

“Kita dapat lihat apabila ada sesuatu pembangunan atau cawangan jenama kedai atau restoran dibuka di Perlis, sambutan rakyat sangat memberangsangkan. Saya pasti ia akan mendapat reaksi yang sama jika wayang dibuka” katanya.

Sementara itu, seorang kerani, Saniyatulhuda Abdul Rahman, 43, juga berkongsi pandangan yang sama dan mahu panggung wayang diwujudkan semula di negeri ini.


SANIYATULHUDA ABDUL RAHMAN

“Pawagam sepatutnya perlu ada di negeri ini sebagai tempat untuk orang ramai mengisi masa lapang atau menghilangkan tekanan kerja dengan menonton filem-filem terbaharu.

“Selain itu, ia juga memberi ruang kepada keluarga dan rakan-rakan untuk meluangkan masa bersama tanpa perlu pergi jauh ke negeri jiran,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 09:09 AM | Show all posts
Setuju.. Bukan Perlis aje yang harus ada pawagam, tapi Kelantan harus ada pawagam juga, syaratnya tempat duduk lelaki dan pompuan boleh diasingkan..

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlis dan kelantan bersaudara
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:19 AM | Show all posts
Ala kalau bukak pun bukan selalu korang g tengok wayang. Takat mat kilau ni jelah. Kecoh noo..

Aku pun tak tengok lagi mat kilau ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:23 AM | Show all posts
Tunggu Raya tahun depan keluar kat TV.  tak pun nanti beli je lah on demand.  Boleh pause kalau nak tambah popcorn.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah tengok Mat Kilau...ohooooooi! (ok gurau )

Pada aku, filem ni bukanlah untuk rujukan sejarah secara terperinci. Yang aku kagum adalah dengan cinematography dia. Memang WOW! First time aku masuk panggung tak terganggu oleh suara budak nangis dan penonton sebelah kanan aku main henfon. Aku dapat fokus menonton!

Memang berbaloi!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 11:11 AM | Show all posts
harap je GSC ni owner dia PPB - Perlis Plantations Berhad  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Coming soon lah pawagam di Perlis nun... Katanya nk bhat dekat Kangar Jaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 7-7-2022 10:19 AM
Ala kalau bukak pun bukan selalu korang g tengok wayang. Takat mat kilau ni jelah. Kecoh noo..

Aku ...

Rasanya perlu kot... Kat Aman Central tu setiap hari Ahad penuh dgn org Perlis
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:16 AM | Show all posts
aikkk dah bertahun Perlis tak ada pangung wayang aman aman aje ni sbb Mat Kilau dah kecoh minta pangung wayang,baiklah warga Perlis minta Kayangan Mall tu yg tak siap siap berkurun dah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:56 AM | Show all posts
Bodoh nya berita.

Rakyat Perlis memang dah lama ke Kedah bukan untuk tengok wayang ja. It's not like orang Gua Musang kena travel naik unta ke Mesra Mall, itu barulah rare.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:05 PM | Show all posts
Edited by annehuda at 7-7-2022 12:06 PM

perlis nak ke alor setar tu jarak 50km jah, naik komuter pun sampai kot.  nampak nau penulis ni sampai perlis pun belum.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:30 PM | Show all posts
org perlis naik komuter 20 minit gitu dh sampai alor star.. amik grab p Aman Central 10 minit.. tak yah susah2 cari parking..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:42 PM | Show all posts
X dak panggung wayang bukan sebab sama mcm Kelantan. Tapi sbb untung rugi.
Student mungkin byk tapi x ada duit. Cerita2 gempak ni sekali sekala shj. Cerita Mat Kilau ni kira once in a blue moon akan muncul.Lain2 tu pakat layan online shj atau tgk Astro.
Bagus juga takdak panggung ni. Nanti ramai la melilau Jumaat malam tgk Midnight show. Balik pukul 2-3 pagi.
Tak yah ada pun bagus. Aku duduk shah alam lama. Mana ada panggung wayang dulu2. Nak tgk kena pi Subang Jaya. PJ. KL. Tahun 2011 baru ada MBO di Space U8. Rakyat shah alam aku rasa masa lagi ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis baru belajar geografi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 7-7-2022 10:13 AM
Perlis dan kelantan bersaudara

Perlis negeri bawah bn tp kenapa xder pawagam? Baru ku tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
@Acikgomen tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:15 PM | Show all posts
Perlis is soo small..pusing 3kali pon cite mat kilau xabis lagik
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukaloh…. Dah memang perlis takde pawagam, so pergi je la alor setar. Kalau bukan sebab nak tengok mat kilau pun, memang rakyat perlis pergi tengok wayang kat alor setar. Bukan jauh mana pun. Iols dulu dulu zaman study kat perlis pun setiap minggu turun alor setar, walaupun hanya untuk makan mcd. Kalau bukak panggung wayang kat perlis pun tak balik modal… berapa je penduduk perlis. Nyampah artikel yang tak merangsang minda begini
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
perlis byk institusi,so kalau bukak pawagam, belambak lah student serbu. biar jauh ke alor setar (untung batalkan ja niat tu? so duit study bleh save. perlis negeri yg selamat jgk la bgi aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 1.141125 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list