View: 371|Reply: 0
|
[Dunia]
Mogok pekerja minyak dan gas Norway tamat
[Copy link]
|
|
GAMBAR menunjukkn pelantar minyak Johan Sverdrup di Laut Utara yang dikendalikan oleh Equinor di luar pantai barat daya Norway. – AFP
Mogok pekerja minyak dan gas Norway tamat
OSLO, NORWAY – Tindakan pantas kerajaan Norway yang segera campur tangan bagi menangani mogok dalam kalangan kakitangan syarikat minyak dan gas di negara itu telah ‘menyelamatkan’ Benua Eropah daripada diancam dengan krisis tenaga lebih buruk, lapor stesen penyiaran CNN.
Kementerian Buruh Norway telah memanggil sebilangan syarikat minyak dan gas serta kakitangan ke satu mesyuarat lewat kelmarin.
Langkah itu akhirnya berjaya menghentikan para pekerja daripada meneruskan piket yang dirancang, lapor stesen penyiaran tempatan, NRK.
“Wakil kesatuan pekerja menyatakan bahawa mereka akan menamatkan mogok supaya semua orang boleh kembali bekerja secepat mungkin,” kata kerajaan.
Menteri Buruh Norway, Marte Mjos Persen berkata, kerajaan kebiasaannya melakukan sekatan signifikan sebelum campur tangan dalam timbang tara gaji wajib, lapor stesen penyiaran CNN.
“Bagaimanapun, situasi serius telah memaksa saya untuk campur tangan,” kata Persen.
CNN sebelum ini melaporkan gergasi minyak dan gas milik kerajaan Norway, Equinor terpaksa menutup tiga pelantar minyaknya di Laut Utara akibat pelancaran mogok oleh para pekerja.
“Penutupan ketiga-tiga pelantar itu menyebabkan kerugian bersamaan dengan 89,000 tong minyak sehari,” kata Equinor dalam satu kenyataan.
Piket tersebut juga sekiranya berterusan mampu menghentikan hampir 60 peratus daripada eksport gas Norway ke Eropah bermula 9 Julai ini.
Dalam masa sama, kerajaan Norway turut menyatakan kebimbangan mengenai krisis tenaga di Eropah di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Norway merupakan pembekal tenaga kedua terbesar di Eropah selepas Russia. – AFP/AGENSI
SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... n-gas-norway-tamat/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|