View: 313|Reply: 0
|
[Tempatan]
Penganggur OKU culik budak dijel 2 tahun
[Copy link]
|
|
Penganggur OKU culik budak dijel 2 tahun
https://www.utusan.com.my/berita ... udak-dijel-2-tahun/
Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
7 Julai 2022, 1:55 pm
MUHAMMAD Rahim Ahmad dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
JOHOR BAHRU: Seorang penganggur yang sebelum ini tular kerana menculik seorang kanak-kanak lelaki di Pasir Gudang pada 11 Mei lalu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun bermula tarikh tangkapan.
Tertuduh, Muhammad Rahim Ahmad, 26, dijatuhkan hukuman tersebut selepas menukar pengakuan kepada bersalah hari ini di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.
Pada 17 Mei lalu, Muhammad Rahim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berhampiran sebuah sekolah agamadi Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, 11 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Arif Marzuki dan Danial Munir.
Pada 11 Mei lalu, tular beberapa rakaman video dan gambar memaparkan tertuduh menculik seorang kanak-kanak lelaki yang memakai pakaian sekolah agama, namun dia ditahan orang awam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan memberitahu, tertuduh yang berstatus orang kurang upaya (OKU) ditahan orang ramai selepas bertindak menculik kanak-kanak tersebut.
Suspek yang menunggang motosikal dilaporkan mempelawa mangsa untuk menghantarnya pulang ke rumah ketika sedang berjalan kaki dari sekolah agama sebelum bertindak melarikan diri, namun ditahan orang ramai. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
| |
|