CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 603|Reply: 4

[Tempatan] Geng Nicky lepas, bebas tuduhan jenayah terancang

 Close [Copy link]
Post time 7-7-2022 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Geng Nicky lepas, bebas tuduhan jenayah terancang

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/geng-nicky-lepas-bebas-tuduhan-jenayah-terancang/

Oleh SUWARNI MOKHTAR
7 Julai 2022, 5:06 pm


Geng Nicky' dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan terlibat dengan kumpulan jenayah terancang hari ini.

PUTRAJAYA: Seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan, Nicky Liow Soon Hee yang dikatakan ahli `Geng Nicky’ dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan terlibat dengan kumpulan jenayah terancang itu di sini hari ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said dan bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pihaknya telah menerima representasi yang dihantar oleh 14 individu terbabit.

“Ini adalah keputusan sebulat suara, perintah Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan diketepikan. Kesemua perayu-perayu dilepas dan dibebaskan,” kata Jakim Kamaludin.

Pada 30 September 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah melepas tanpa membebaskan 14 individu itu termasuk empat warganegara China daripada tuduhan selepas pihak pendakwaan memohon agar kesemua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan kerana pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pertuduhan pada masa akan datang.

Dua tertuduh yang merupakan adik Nicky ialah Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon manakala tertuduh lain ialah Lee Han Keat, Eee Eng Chee, Dr. Jovian Joris Tan Chern Chian, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Weng, Datuk Loo Siew Chin, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming dan Lim Kang Li.

Empat tertuduh yang merupakan warga China ialah Huang Lei, Gu Xing Qiong, Yujun Wang dan Jiang Xue. Kesemua tertuduh berusia awal 20-an hingga 56 tahun.

Terdahulu, peguam Datuk Rajpal Singh dan Jasmine Cheong yang mewakili kesemua 14 individu tersebut memberitahu bahawa AGC telah menerima representasi yang dihantar bagi melepas dan membebaskan anak-anak guamnya daripada tuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar yang mewakili AGC mengesahkan perkara tersebut.

Pada 30 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas tanpa membebaskan 14 individu itu termasuk empat warganegara China daripada tuduhan itu. Mereka kemudian merayu terhadap keputusan itu memohon dilepas dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Hakim Datuk Abd. Halim Aman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar kesemua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan, kerana pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pertuduhan pada masa akan datang.

Dua tertuduh yang merupakan adik Nicky adalah Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon, manakala tertuduh lain ialah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Weng, Eee Eng Chee, Dr Jovian Joris Tan Chern Chian, Datuk Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming serta empat warga China Huang Lei, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue, yang berusia awal 20an hingga 56 tahun.

Mengikut pertuduhan, 13 individu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Januari 2017 dan 20 Mac 2021.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Kim Ming didakwa membantu kumpulan jenayah sama di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 29 Mac 2021, mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 12 April 2022, Nicky mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 26 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram dan memiliki wang hasil sama bernilai RM36 juta enam tahun lalu.-UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2022 05:57 PM | Show all posts
MOD @Xim tolong katup thread nih....TQ
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buad buang karan je tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki Minaj tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.362817 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list