View: 378|Reply: 0
|
[Tempatan]
Peruncit, pemborong main sorok-sorok minyak peket
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 8-7-2022 03:01 AM
JASIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengenal pasti 200 premis pemborong dan peruncit tidak menjual minyak masak peket bersubsidi satu kilogram kepada pengguna selain disyaki cuba menyorok barang kawalan berkenaan.
Pengerusi Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pemantauan berterusan sedang dilakukan penguat kuasa terhadap premis berkenaan dalam usaha memastikan bekalan sampai kepada orang ramai.
Menurutnya, pemeriksaan dibuat di semua peringkat termasuk audit di kilang pembungkusan bagi memantau edaran minyak masak bersubsidi itu supaya tidak disorok.
Beliau berkata, bekalan di negeri ini tidak sepatutnya berlaku kekurangan kerana kerajaan memperuntukkan sebanyak 1,800 tan metrik untuk kegunaan isi rumah.
“Penguat kuasa KPDNHEP mengenal pasti antara 100 hingga 200 premis pemborong dan peruncit yang dikatakan tidak menjual minyak peket, sebab itu pemutihan sedang dijalankan bagi memastikan edarannya sampai kepada peruncit.
“Kita akan lihat bagaimana ketirisan minyak peket ini boleh berlaku hingga kurang berada di pasaran, sedangkan bekalan untuk negeri ini sebanyak 1,800 metrik tan cukup untuk kegunaan harian.
“Saya memberi amaran kepada pemilik premis supaya berhati-hati jika mereka ingkar, kita ada bukti, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka dengan mengenakan kompaun,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan di Pasar Awam Jasin dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, penguat kuasa KPDNHEP juga turut mengesan syarikat perniagaan dan restoran berskala besar yang masih membeli minyak masak bersubsidi dengan kuantiti banyak.
“Setakat ini, kita belum dapat bukti terhadap mereka yang terlibat dan jika ada bukti kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun dan tiada kompromi untuk mereka,” ujarnya.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/07/200-premis-di-melaka-disyaki-sorok-minyak-peket/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|